Beberapa kandungan dalam makanan lebih sensitif terhadap suhu panas yang diterima sewaktu proses memasak. Secara umumnya, enzim bersifat sensitif terhadap kepanasan dan akan menjadi tidak aktif sewaktu terkena panas. Selain itu, beberapa nutrien seperti vitamin C dan vitamin B, juga sangat mudah hancur terhadap kepanasan dan mudah larut dalam air sewaktu direbus.
Beberapa kajian bahkan menunjukkan bahawa merebus sayuran dapat mengurangkan kandungan vitamin C dan B hingga 50-60%. Bukan sahaja vitamin B dan C, vitamin A dan beberapa mineral juga boleh hilang sewaktu pemanasan pada suhu tinggi, walaupun mungkin kurang sedikit.
Tapi jangan khawatir, dengan cara memasak yang tepat, jumlah nutrien yang hilang boleh dikurangkan. Cara mengukus dan memanggang mungkin lebih baik daripada merebus untuk memelihara vitamin B dan C dalam sayuran atau makanan lain. Perhatikan juga tempoh anda memasak. Semakin lama anda memasak, semakin lama makanan terkena panas, semakin besar jumlah nutrien yang hilang.
Makanan apa yang lebih baik dimasak atau dimakan mentah?
Seperti yang sudah dijelaskan di atas, terdapat beberapa makanan yang lebih baik dimakan mentah dan ada juga yang sebaiknya dimakan selepas masak. Ini bergantung kepada kandungan yang terdapat dalam makanan tersebut.
Sayuran yang lebih baik dimakan mentah
Beberapa sayuran yang lebih baik dimakan mentah:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen