Makanan Menaikkan Emosi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Pernah tak ketika bangun pagi dan anda berasa seperti kehilangan atau emosi terganggu? Pernah tak ketika ingin melakukan sesuatu pekerjaan, anda seperti tiada perasaan untuk melakukannya walaupun ia sebenarnya pekerjaan atau tugasan yang anda gemari? Emosi naik turun adalah satu perkara biasa yang berlaku disebabkan pelbagai faktor. Jadi, bagaimana untuk menaikkan emosi anda kembali? Ikuti tip berikut untuk mengetahui makanan menaikkan emosi yang patut anda ambil.

7 makanan menaikkan emosi

  1. Ikan

Pilihan ikan yang tinggi kandungan lemak asid omega-3 seperti tuna, sardin dan salmon adalah antara makanan yang dapat membantu meningkatkan kembali emosi. Terdapat kajian yang mengatakan lemak asid ini membantu menghasilkan tisu otak. Cuba untuk menjadikan ikan ini antara makanan dalam diet anda untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatan otak, sekali gus memperbaiki emosi agar kekal stabil dan efektif.

  1. Avokado

Manfaat avokado sangat luas, terutama pada bahagian otak. Makanan hebat ini menawarkan pelbagai manfaat, dari melindungi hati sehingga ke bahagian pencernaan. Malah, ia terbaik untuk memperbaiki emosi anda. Ia merupakan makanan pengimbang hormon semula jadi, memastikan otak menghasilkan bahan kimia yang diperlukan untuk kekal berada dalam emosi terbaik.

  1. Sayuran berdaun hijau

Kaya dengan pelbagai nutrien, seperti serat yang membantu mengimbangi gula dalam darah, vitamin B untuk meningkatkan fungsi otak dan zat besi. Terdapat bukti yang menunjukkan kekurangan zat besi berhubung kait dengan tingkah laku emosi, kegelisahan dan gangguan dalam proses neurotransmiter.

  1. Anggur

Buah-buahan yang enak dan berjus ini adalah makanan ringan yang baik. Malah, buah-buahan yang bersaiz kecil ini amat bermanfaat untuk membantu menaikkan emosi anda menjadi lebih baik. Ini kerana ia kaya dengan antioksidan terutama flavonoid – yang memberi kesan kepada emosi.

  1. Pisang

Kaya dengan kandungan asid amino tryptophan serta vitamin A, B6 dan C, serat, kalium, fosforus, zat besi dan karbohidrat. Karbohidrat yang membantu dalam meningkatkan emosi juga berperanan dalam penyerapan tryptophan dalam otak, manakala vitamin B6 membantu menukar tryptophan kepada hormon serotonin yang dapat membantu menaikkan emosi.

  1. Ayam

Isi ayam tanpa lemak atau kulit turut dapat menaikkan emosi dengan membantu meningkatkan pengambilan asid amino tryptophan – yang dapat membantu penghasilan serotonin – salah satu neurotransmiter yang paling penting berkaitan emosi. Ayam juga mengandungi asid amino lain yang dipanggil tirosin yang dapat membantu mengurangkan simptom kemurungan.

  1. Strawberi

Merupakan antara buah dalam kumpulan beri yang paling digemari. Ia kaya dengan pelbagai vitamin dan nutrien seperti vitamin A dan C serta mangan (kandungan mineral). Dapat meningkatkan bahan kimia yang menghasilkan rasa gembira pada bahagian otak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Lakukan 5 Perkara Ini Sementara Masih Berdua

    5 perkara yang perlu anda lakukan bersama pasangan anda sebelum anda cuba untuk mendapatkan anak. Ikuti artikel ini untuk maklumat selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 21/10/2019 . 3 minit bacaan

    2 Sebab PENTING Kenapa Anda Perlu Cepat Kahwin Atau Dapatkan Pasangan, Patutlah!

    Sekiranya anda berada dalam perkahwinan yang membahagiakan hidup anda, anda kurang berisiko untuk mendapat demensia ketika anda semakin berusia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 20/09/2019 . 2 minit bacaan

    Obesiti dan Kaitannya Dengan Masalah Emosi Kanak-kanak

    Obesiti dan masalah emosi seperti perasaan keresahan dan mood yang rendah, cenderung untuk berkembang seawal usia 7 tahun.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/04/2019 . 3 minit bacaan

    Apakah Punca Emosi? Apakah Trauma Emosi?

    Emosi, juga dikenali sebagai perasaan, termasuk pengalaman-pengalaman seperti cinta, benci, marah, percaya, gembira, panik,  takut dan kesedihan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    penghidap penyakit barah

    9 Perkara Ini PERLU Anda ELAK Ucapkan Pada Pesakit Kanser! Bertimbang Rasa, Please

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    klimaks seks

    Ini Sebab Klimaks Penting Semasa Hubungan Intim, Ada Kaitan Dengan Otak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/05/2020 . 3 minit bacaan
    bipolar

    Bagaimana Gangguan Bipolar Boleh Menjejaskan Aktiviti Seks Saya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/11/2019 . 2 minit bacaan

    Ini 4 Sebab Kenapa Anak Lelaki Lebih Perlu Sokongan Emosi Dari Ibu Ayah, Berbanding Anak Perempuan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/11/2019 . 3 minit bacaan