Anda Penggemar Kopi Segera? Adakah Ia Boleh Mendatangkan Keburukan Kepada Kesihatan Badan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 22/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kopi segera seperti kopi 3 in 1 biasa menjadi pilihan ramai pengguna di mana-mana sahaja, baik di rumah, warung, kedai makan mahupun di pantri pejabat.

Disebabkan oleh penyediaannya yang jauh lebih mudah dan murah berbanding membelinya di kafe, ia menjadi pilihan nombor 1 bagi semua individu yang inginkan secawan minuman yang ringkas dan cepat disediakan.

Namun, timbul satu persoalan, adakah kopi segera seperti kopi 3 in 1 ini boleh memberikan kesan negatif kepada tubuh kita?

Ketahui jawapannya di bawah ini.

Apakah sebenarnya kopi segera ini?

Kopi segera adalah sejenis kopi yang dihasilkan daripada ekstrak kopi kering.

Ekstrak kopi ini dihasilkan dengan cara membancuh biji kopi halus seperti pembuatan kopi biasa.

Namun ia lebih bersifat seperti pati atau ekstrak pekat berbanding serbuk kopi biasa.

Selepas kopi ini dibancuh atau dimasak, air yang terdapat pada ekstrak kopi ini dibuang agar berubah menjadi serbuk yang boleh dilarutkan dalam air.

Kopi segera boleh dijumpai sama ada dalam bentuk butiran, atau serbuk seperti kopi 3 dalam 1. 

Akrilamida, bahan dalam kopi segera yang menjadi kebimbangan ramai

kopi segera

Terdapat 1 bahan kimia dalam kopi segera yang mungkin dianggap berbahaya iaiatu akrilamida.

Akrilamida ini terhasil sewaktu biji kopi dipanggang. Tetapi ia bukan hanya berada dalam biji kopi sahaja kerana bahan kimia ini turut berada dalam asap, barang perkakas rumah, produk penjagaan diri dan juga jenis makanan lain.

Namun, isunya di sini ialah tahap kandungan akrilamida dalam kopi segera.

Kopi segera dikatakan mengandungi akrilamida dengan jumlah sebanyak 2 kali ganda berbanding kopi segar.

Ini adalah berdasarkan kajian yang dijalankan pada tahun 2013.

Apakah kesan akrilamida kepada kesihatan?

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nutrional Neuroscience pada tahun 2014, akrilamida boleh berkumpul dalam tubuh manusia lalu menyebabkan penyakit neuropati.

Neuropati adalah sejenis penyakit kegagalan sistem saraf manusia, yang boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan mengalami kebas.

Selain itu, berdasarkan kajian oleh American Cancer Society, pendedahan terhadap akrilamida dengan kadar yang terlalu tinggi boleh meningkatkan risiko seseorang itu untuk mendapat kanser.

Kajian oleh The European Food Safety Authority pada tahun 2015 pula menyatakan, kopi adalah jenis makanan yang paling tinggi dengan kandungan akrilamida, selain produk-produk kentang goreng. 

Namun, kajian tersebut juga ada menyatakan, jumlah akrilamida yang diperoleh daripada sumber makanan seperti ini tidak mencukupi untuk menyebabkan seseorang itu mendapat masalah kesihatan yang serius.

Oleh itu, meminum kopi segera seperti kopi 3 in 1 mungkin tidak akan menyebabkan kesan kesihatan yang begitu serius yang berpunca daripada kandungan akrilamida. 

Kopi juga ada manfaatnya

kopi segera

Walaupun minuman kopi seperti kopi segera sering dikaitkan dengan kandungan kafein, ia juga mempunyai beberapa manfaat kesihatan yang mungkin tidak pernah anda tahu.

#1. Ada kandungan antioksidan

Tidak hanya pada kopi biasa, kopi segera juga mempunyai manfaat kesihatan yang sama banyak dengan kopi biasa.

Ada satu kajian yang membuat perbandingan mengenai kandungan antioksidan dalam beberapa jenis kopi, termasuklah beberapa jenis kopi segera.

Hasil kajian tersebut mendapati, setiap hidangan kopi segera mempunyai antara 6 hingga 188 miligram asid caffeoylquinic atau ringkasnya CQAs.

CQAs mempunyai kandungan antioksidan, antibakteria, antikanser, antihistamin yang menjadikan minuman kopi ini memberikan kesan yang baik pada tubuh

#2. Kesan baik pada saraf dan juga otak

Kajian yang dijalankan pada tahun 2017 ada menyatakan, aroma kopi boleh merangsang sistem saraf pusat dalam tubuh manusia.

Selain itu, kopi juga boleh membantu meningkatkan penumpuan, kewaspadaan dan juga mood peminumnya. 

Kopi juga dikaitkan dengan pengurangan risiko untuk mendapat strok dan mengelakkan penurunan fungsi kognitif dalam otak manusia.

Selain itu juga, terdapat beberapa manfaat lain yang boleh diperolehi daripada kopi segera ini. Antaranya ialah: 

Namun, semua kajian berkenaan kesan terhadap kesihatan seperti ini adalah kajian pemerhatian semata-mata.

Kajian berasaskan pemerhatian tidak dapat membuktikan kopi ini mampu mengurangkan risiko penyakit seperti yang dinyatakan. 

Kajian hanya mendapati, kebanyakan individu yang meminum kopi dengan kerap lebih cenderung untuk tidak mempunyai penyakit seperti yang dinyatakan di atas ini.

Hanya kopi segera sahaja, tiada tambahan lain

kopi 3 in 1

Jika anda mahu mendapatkan kesemua manfaat seperti yang dinyatakan di atas, anda hanya perlu mengambil kopi segera sahaja tanpa tambahan gula, susu atau bahan perasa lain.

Kopi 3 in 1 mengandungi kandungan tambahan seperti gula dan krimer yang hanya menjadikan minuman tersebut menjadi kurang sihat.

Gula tambahan dalam kopi 3 in 1 hanya akan menambahkan jumlah kalori yang seterusnya menyebabkan kenaikan berat badan.

Namun, tidak semua kopi 3 in 1 mempunyai kandungan tambahan seperti ini.

Semak senarai kandungan pada label produk untuk lebih kepastian sebelum membelinya. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Penghidap Asid Refluks Boleh Minum Kopi Ke? Kalau Ada Tanda Seperti Ini, Kena BERHENTI!

Selalunya doktor menyarankan individu dengan masalah asid refluks untuk elakkan minuman berkafein. Apakah kaitan antara kedua-duanya? Ikuti penjelasan ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 01/09/2020 . 3 minit bacaan

Bukan Setakat Makanan, Minuman Pun Kena Jaga Bila Sakit Tekak! Terutamanya Yang Ini…

Siapa yang ada masa untuk sakit tekak bukan? Bolehkah penderita minum pelbagai jenis minuman kopi? Jom klik untuk tahu dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 14/08/2020 . 3 minit bacaan

Tak Semua Orang Boleh Minum Kopi, Pesakit Anemia Jadi Lebih TERUK Jika Ambil Kafein!

Minum kopi boleh jadi penyebab anemia? Kopi terkenal sebagai minuman wajib untuk memulakan hari. Namun, benarkah ia boleh sebabkan kekurangan darah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Fatin Zahra
Pusat Kesihatan, Anemia 27/07/2020 . 3 minit bacaan

Manfaat Minum Kopi Hitam, Boleh Membantu Wanita Hidup Lebih Lama!

Anda penggemar kopi hitam? Bagus, ini kerana terdapat beberapa manfaat kopi pahit untuk wanita yang utama. Jom klik artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 16/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

minuman kafein

Kafein Bantu Tingkat Prestasi Ahli Sukan, Tapi Ada Pro & Kontra Jika Atlet Minum Kopi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan
minum kopi

Warga Emas Yang Gemar Minum Kopi, Ini Berita Baik! Kopi Boleh Kurangkan Risiko Nyanyuk & Parkinson

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
wanita mengandung

Sudah 4 Minggu Hamil? Tahniah, Tapi Hati-hati, Ada 9 Makanan Ibu Tak Boleh Makan Awal Mengandung!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
kafein itu apa

Penggemar Kopi Mahu Berhenti Ambil Kafein? Ini 6 Perkara Yang Akan Terjadi Pada Tubuh Badan Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan