backup og meta

Kesan Makanan Berasid kepada Kesihatan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 04/07/2022

    Kesan Makanan Berasid kepada Kesihatan

    Makanan berasid sebenarnya cukup baik untuk kesihatan manusia jika diambil dalam jumlah yang sesuai setiap hari. Makan terlalu banyak makanan berasid boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Artikel di bawah akan memberikan anda maklumat lanjut  mengenai perkara ini.

    Makanan Berasid dan Risiko Kesihatan 

    jangkitan bakteria dan virus 

    Makan makanan berasid mewujudkan persekitaran berasid yang sesuai untuk perkembangan virus dan bakteria, menyebabkan badan anda lebih terdedah kepada jangkitan bakteria dan virus.

    asidosis

    Komplikasi pengambilan berlebihan makanan berasid dipanggil asidosis. Kes asidosis yang ringan boleh meningkatkan tahap radikal bebas dalam badan yang mengurangkan tenaga selular anda.

    Asidosis telah dikenali sebagai penyumbang utama kepada tekanan. Ia juga meningkatkan tahap kortisol. Akibatnya, anda mungkin sukar untuk tidur dengan baik. Di samping itu, asidosis boleh menyebabkan peningkatan lemak badan, hormon pertumbuhan yang lebih rendah, batu karang,serta jisim otot berkurang.

    Risiko ketidakseimbangan

    Tahap pH air tulen ialah 7.

    Fungsi badan anda biasanya pada paras pH 7.35 dan 7.45.

    Jika tahap pH anda lebih rendah daripada 7.35, anda mungkin mengalami asidosis dan sistem saraf pusat merundum.

    Jika tahap pH anda adalah lebih rendah daripada 7, anda akan mengalami kes asidosis yang teruk, di mana anda mungkin mendapat komplikasi koma, atau lebih teruk lagi, boleh membawa maut.

    Apabila paras pH anda lebih tinggi daripada 7.45, anda mengalami alkalosis. Alkalosis bertanggungjawab menyebabkan sistem saraf hipersensitif, oleh itu, anda mungkin mengalami sawan dan kekejangan otot.

    Risiko kesihatan yang lain

    Jika anda mengambil terlalu banyak makanan yang berasid, anda mungkin mengalami kemurungan, kelesuan, kulit kering, sakit kepala, perubahan mood, jerawat, gusi sensitif, rambut dan kuku rapuh, serta masalah penghadaman.

    Makanan Yang Membentuk Asid

    • Semua jenis produk tenusu.
    • Ikan air sejuk, kerang, daging, lembu, haiwan liar, ayam.
    • Alkohol, minuman ringan, kopi, soya, marjerin, vitamin sintetik, ubat preskripsi dan protein whey.

    Secara umumnya, buah-buahan sitrus mengandungi tahap pH lebih tinggi daripada jus buah-buahan lain. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa anda boleh minum jus buah-buahan lain tanpa kawalan. Buah-buahan yang mempunyai tahap pH tertinggi adalah lemon (atau limau), nanas, tomato, plum biru, oren, buah delima, epal, anggur, limau gedang, beri biru, pic dan mangga. Menggunakan straw sambil minum jus buah-buahan tersebut akan membantu anda mengurangkan risko jus yang mengandungi asid sampai terus ke gigi anda. Dengan cara ini, anda boleh mencegah hakisan gigi.

    Sama seperti mana-mana jenis makanan, makanan yang berasid, jika diambil terlalu banyak, boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang serius. Oleh itu, rancang pelan pemakanan seimbang untuk kekal sihat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 04/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan