backup og meta

Jus Kurma Minuman Bertenaga pada Bulan Ramadan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 10/06/2022

    Jus Kurma Minuman Bertenaga pada Bulan Ramadan

    Tak makan kurma? Sudah pasti semua tahu khasiat buah kurma bukan? Kurma mengandungi kandungan gula semula jadi yang tinggi dan berupaya mengembalikan tenaga kepada orang yang berpuasa.

    Khasiat jus kurma

    Membantu pencernaan

    Kekurangan cecair badan dan nutrisi boleh mengganggu sistem pencernaan sepanjang puasa. Jadi, anda boleh menemui serat tidak larut dan larut daripada kurma bergantung pada jenis kurma yang anda makan. Jenis serat ini membantu mengekalkan pergerakan usus biasa yang membawa kepada sistem pencernaan yang sihat. Selain itu, terdapat juga asid amino untuk menyokong kesihatan saluran pencernaan. Keadaan ini menghalang usus anda dari kanser dan gangguan lain seperti sembelit.

    Menguatkan tulang

    Buah coklat gelap ini kaya dengan pelbagai jenis mineral yang diperlukan tulang seperti mangan, magnesium, selenium dan tembaga (copper). Anda memerlukannya untuk memastikan tulang sihat dan mencegah masalah berkaitan tulang seperti osteoporosis. Seperti penuaan, tulang anda lebih lemah jadi anda perlu memastikannya kuat dengan memakan makanan yang sesuai.

    Mengatasi letih dan lesu

    Rasa letih dan lesu sepanjang Ramadan adalah perkara biasa kerana badan tidak menerima apa-apa makanan pada waktu siang. Jadi keadaan ini boleh diatasi dengan meminum jus kurma. Ini kerana buah kurma mengandungi zat besi yang dapat membantu menguatkan tubuh dan membuatkan tubuh lebih bertenaga. Zat besi juga bagus dalam penghasilan sel darah merah yang boleh mengatasi anemia.

    Resepi jus kurma

    Bahan-bahan yang diperlukan:

    ½ kotak susu segar

    10 biji kurma tanpa biji

    1 cawan air panas

    1 sudu madu/gula

    Beberapa ketulan ais

    Cara-cara membuat jus kurma

    Langkah mudah membuat jus kurma:

    1. Rendam kurma yang dibuang biji di dalam secawan air panas selama 15 minit
    2. Kisar kurma bersama air tadi
    3. Masukkan madu/gula dan ais
    4. Masukkan susu segar dan kisar hingga sebati

    Jus kurma sesuai diminum ketika berbuka puasa dan bersahur untuk anda kekal cergas dan bertenaga sepanjang Ramadan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 10/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan