backup og meta

Jenis dan Kuantiti Makanan yang Patut Anda Ambil Waktu Sahur

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 07/06/2023

    Jenis dan Kuantiti Makanan yang Patut Anda Ambil Waktu Sahur

    Sahur boleh dikatakan sebagai pengganti sarapan anda sewaktu berpuasa. Ini merupakan jadual makan pertama anda untuk memberikan cadangan tenaga dalam menjalankan aktiviti anda pada hari itu. Oleh itu, kuantiti makan sahur yang cukup sangat penting untuk kelancaran puasa anda. Jika kuantiti makan sahur anda sedikit atau jika anda melewatkan sahur, maka anda mungkin akan merasa penat dan tidak tahan menjalankan puasa sampai tenggelamnya matahari.

    Apakah makanan yang wajib diambil sewaktu sahur?

    Ya, anda perlu mengambil makanan yang penuh zat nutrien dan dalam kuantiti yang cukup sewaktu sahur. Ini untuk keseimbangan tenaga yang anda perlukan sampai waktu berbuka. Makan yang cukup sewaktu sahur juga dapat mencegah anda daripada makan berlebihan sewaktu berbuka, yang boleh menyebabkan kenaikan berat badan yang tidak sihat.

    Berikut merupakan makanan yang boleh anda ambil sewaktu sahur:

    1. Makanan sumber karbohidrat kompleks

    Karbohidrat merupakan zat nutrien yang boleh menyediakan tenaga utama bagi tubuh. Sebaiknya pilihlah jenis karbohidrat kompleks untuk dimakan sewaktu sahur. Mengapa? Kerana karbohidrat kompleks perlu masa yang lebih lama untuk dicerna tubuh, lantas dapat memberikan rasa kenyang dan tenaga yang lebih lama.

    Berapa banyak kuantiti karbohidrat sewaktu sahur?

    Beberapa contoh makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks adalah oatmeal, roti gandum, beras perang, bijirin, kentang, dan banyak lagi. Kuantiti makan sahur untuk makanan sumber karbohidrat ini adalah sebanyak 1-2 bahagian.

    2. Makanan sumber protein

    Sumber protein juga penting dipenuhi sewaktu sahur. Protein diperlukan untuk membantu memperbaiki dan membangun jaringan dalam tubuh anda. Selain itu, protein juga diperlukan untuk memperkuat sistem imun tubuh agar anda tidak mudah sakit walaupun sedang puasa.

    Berapa banyak kuantiti protein sewaktu sahur?

    Anda boleh mengambil sumber protein daripada daging tanpa lemak, ayam, ikan, telur, susu, yogurt, keju, tahu, tempe, kekacang dan biji-bijian. Ambillah makanan sumber protein ini sebanyak 1-2 bahagian sewaktu sahur.

    3. Sayuran dan buah-buahan

    Sayuran dan buah-buahan juga penting untuk diambil sewaktu sahur. Kedua-duanya mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan untuk memelihara kesihatan anda, seperti kalium, asid folat, vitamin A, vitamin E, vitamin C, zat besi, dan magnesium. Banyak vitamin dan mineral yang berperanan dalam pelbagai metabolisme tubuh.

    Berapa banyak kuantiti buah dan sayur sewaktu sahur?

    Selain manfaatnya tersebut, buah-buahan dan sayuran juga tinggi kandungan serat. Serat bermanfaat dalam membantu agar anda kenyang lebih lama dan juga dapat membantu mencegah sembelit. Cukupkan keperluan buah dan sayur anda sebanyak 2-3 bahagian sewaktu sahur. Anda juga boleh memakan kurma sewaktu sahur untuk mencukupkan keperluan serat, vitamin, dan mineral anda setiap hari.

    4. Air putih

    Air juga diperlukan untuk melancarkan pencernaan anda, melancarkan metabolisme tubuh, menjaga hidrasi tubuh, dan masih banyak lagi manfaat lainnya untuk kesihatan anda. Keperluan air yang mencukupi dapat membantu anda menjalani ibadah puasa dengan lancar.

    Berapa banyak air minum yang diperlukan sewaktu sahur?

    Anda mungkin perlu minum air sebanyak 2 gelas atau lebih sewaktu sahur. Keperluan air setiap orang mungkin akan berbeza.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 07/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan