backup og meta

Amalkan Buah Ini Semasa Berbuka Puasa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 12/05/2022

    Amalkan Buah Ini Semasa Berbuka Puasa

    Semasa berpuasa, badan kita mengalami beberapa perubahan, termasuk pada kerja enzim. Enzim yang biasanya dihasilkan oleh sistem pencernaan akan perlahan-lahan berkurang jumlahnya bergantung kepada berapa lama kita berpuasa. Lapisan yang melindungi perut juga akan berkurang seiring dengan tempoh masa berpuasa. Jika anda mengambil makanan yang cenderung merengsakan perut, anda lebih berkemungkinan mengalami masalah pencernaan.

    Maka dari itu semasa berbuka, makanan pertama yang dimakan sangatlah penting. Anda disyorkan untuk memilih makanan berbuka yang mudah dicerna, dan salah satu contohnya adalah buah. Buah apa yang baik untuk dimakan ketika berbuka puasa?

    1. Tembikai

    Buah ini terkenal dengan kandungan airnya yang banyak. Namun, tembikai juga kaya dengan antioksida, vitamin, dan mineral. Disebabkan kandungan airnya, buah ini sesuai digunakan sebagai makanan pembuka semasa berbuka puasa, memandangkan semasa puasa, badan kita cenderung mengalami dehidrasi kerana pengambilan air yang berkurangan. Tembikai mempunyai kandungan air dan elektrolit sebanyak 92% sehingga dapat membantu tubuh mendapatkan kembali cecair dan elektrolit yang hilang semasa berpuasa. Tembikai juga termasuk jenis buah yang mudah dicerna.

    Selain sebagai sumber air dan elektrolit, tembikai juga boleh membantu mencegah beberapa penyakit. Warna merah pada isinya menunjukkan bahawa ia mengandungi banyak likopen, iaitu sejenis sebatian yang dapat memainkan peranan dalam mencegah penyakit jantung dan kanser prostat. Kandungan kolin yang terdapat dalam tembikai boleh membantu mencegah keradangan yang boleh terjadi di dalam tubuh dengan cara menjaga struktur membran sel anda. Dan jangan lupa kandungan antioksida, vitamin A, serta vitamin C pada tembikai yang boleh membantu regenerasi sel pada kulit dan menyihatkan rambut.

    2. Epal

    Epal merupakan salah satu buah yang dikenali mempunyai banyak manfaat. Semasa berbuka puasa, sebiji epal dapat membantu sistem pencernaan anda perlahan-lahan menyiapkan organ-organnya untuk menerima makanan yang lebih kompleks. Meskipun kandungan air pada epal tidak sebanyak tembikai, epal mempunyai kandungan serat yang cukup tinggi yang juga berperanan penting dalam menjaga kesihatan tubuh semasa berpuasa.

    Apabila anda berpuasa, kecenderungan untuk makan berlebihan menjadi lebih tinggi, lebih-lebih lagi ketika berbuka puasa. Anda sudah tidak makan selama hampir 12 jam, maka anda merasa tidak mengapa jika makan banyak semasa berbuka. Hal ini tentu tidak baik kerana boleh meningkatkan risiko kegemukan. Dengan pengambilan epal sebelum makan besar, anda boleh mengurangkan keinginan untuk makan berlebihan ketika berbuka. Selain membantu kerja sistem pencernaan tubuh, serat dalam epal boleh memberi anda kesan kenyang, sehingga mencegah anda untuk mengambil makanan lebih banyak daripada yang diperlukan.

    Selain itu manfaat epal bagi kesihatan juga tidak dapat diragukan lagi. Mulai dari mengurangkan risiko diabetes, menurunkan kadar kolesterol dalam darah, menjaga kesihatan jantung, mencegah katarak, sehingga melindungi badan daripada kesan buruk radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser.

    3. Anggur

    Buah kecil ini boleh menjadi alternatif anda untuk berbuka puasa. Rasanya yang segar dan manis boleh membantu menggantikan cecair dan gula yang hilang semasa berpuasa. Anggur juga termasuk jenis buah yang mudah dicerna kerana mengandungi banyak air dan mengandungi serat, dan baik untuk dimakan sebelum anda hidangan utama ketika berbuka puasa. Ini akan mempersiapkan sistem pencernaan anda sebelum memproses jenis makanan yang lebih kompleks.

    Selain itu, anggur juga mempunyai banyak manfaat kesihatan lain. Dengan kandungan air dan seratnya, anggur boleh membantu mengatasi sembelit. Potasium dalam anggur berperanan mencegah tekanan darah tinggi dari menjadi lebih parah. Kajian kohort yang dilakukan pada tahun 2013 menyatakan bahawa pengambilan anggur dapat mengurangkan risiko diabetes jenis 2 pada orang dewasa. Anggur juga dapat membantu mengurangkan tahap keparahan alergi seperti hidung berair, mata merah, dan bersin. Antoksidan dalam anggur yang dikenali sebagai polifenol juga dapat mengurangkan bahkan mencegah risiko kanser paru-paru, kanser pankreas, kanser prostat,dan kanser usus besar.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 12/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan