backup og meta

7 Tabiat Makan Tidak Sihat Sewaktu Berpuasa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 23/11/2021

    7 Tabiat Makan Tidak Sihat Sewaktu Berpuasa

    Selain menahan lapar dan haus, puasa tentu mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan. Salah satunya adalah meningkatkan prestasi sistem penghadaman badan kita. Namun, tabiat makan yang buruk di bulan puasa, serta kesalahan dalam memilih makanan berbuka dan sahur, malah dapat menghilangkan manfaat berpuasa kepada kesihatan.

    Apa tabiat makan yang perlu kita elakkan semasa berpuasa?

    1. Buka dan sahur dengan junk food

    Mengisi perut semasa bulan puasa, terutamanya ketika sahur dan berbuka, memang diharuskan. Namun, banyak orang yang mengisinya dengan sirap tinggi fruktosa, MSG (untuk menyedapkan rasa), natrium yang berlebihan, dan minyak yang boleh menyumbat jantung. Jika anda sedang tergesa-gesa, banyak pilihan yang sihat dan halal, yang tentunya sangat baik untuk berbuka puasa. Namun, tabiat buruk yang sering dilakukan adalah berbuka puasa bersama di restoran junk food.

    Makanan junk food,seperti kerepek, mee segera, dan makanan lain yang kurang berkhasiat tidak seeloknya diambil. Anda tidak akan mempunyai tenaga yang cukup selama berpuasa, kerana apa yang anda makan tidak menghasilkan apa-apa untuk tubuh. Sebaliknya, apabila anda mengambil makanan yang cukup nutrisi, anda akan rasa lebih kenyang, sehingga anda tidak perlu makan hidangan yang besar.

    2. Berbuka dengan makanan berminyak dan mengandungi banyak gula

    Makanan yang digoreng mengandungi minyak yang tinggi sehingga akan sulit dihadam oleh badan, terutamanya ketika anda mengambil makanan tersebut sebagai makanan pertama berbuka puasa. Gunakan pemanis semula jadi seperti madu atau gula daripada tebu atau makanlah buah-buahan untuk menggantikan makanan atau minuman manis. Makanan atau minuman manis akan lebih cepat dihadam, dan hal itu akan membuat anda lebih cepat berasa lapar.

    3. Pengambilan terlalu banyak karbohidrat sewaktu sahur

    Karbohidrat akan berubah menjadi gula dan akan bertindak balas pada tubuh anda setelah anda selesai makan. Bergantung kepada makanan karbohidrat yang telah ditapis untuk menghasilkan tenaga, terutamanya ketika sahur, boleh menyebabkan lonjakan insulin dan kenaikan berat badan, terutama di sekitar hulu hati.

    Dr. Ravi Arora, pakar diabetologis di RS. NMC Abu Dhabi, mengatakan bahawa puasa yang berpanjangan boleh menyebabkan keasidan pada perut dan keadaan tersebut boleh diburukkan lagi dengan mengambil terlalu banyak karbohidrat semasa berbuka, sehingga akan menyebabkan ketidakselesaan pada perut dan juga gastritis.Bergantung terlalu banyak kepada karbohidrat semasa sahur juga akan menyebabkan anda mahu lebih banyak gula dan juga meningkatkan rasa lapar di waktu petang sebelum waktu berbuka.

    Jika anda mengambil karbohidrat, sebaiknya diimbangi dengan makanan kaya dengan protein. Bergantung kepada protein seperti ayam, ikan, udang, daging, dan keju akan membantu menjaga perbandingan otot dan lemak dalam tubuh tetap sihat pada akhir bulan Ramadan, sehingga anda boleh makan dengan selesa di hari raya.

    4. Minum minuman berkafein semasa sahur dan berbuka

    Minum teh atau kopi semasa sahur akan mengakibatkan kehilangan air (dehidrasi) dan akan cepat menimbulkan rasa lapar. Kafein yang terkandung dalam teh dan kopi boleh menyebabkan sakit kepala. Dr. Abed mengatakan bahawa orang yang berpuasa harus mengisi badannya dengan air putih semasa sahur dan ketika berbuka untuk mengurangkan dehidrasi. Namun, terlalu banyak minum air juga tidak baik, kerana akan mencairkan asid perut, menyebabkan kembung dan mengganggu penghadaman.

    5. Langsung tidur selepas sahur

    Langsung tidur selepas anda makan besar akan menyebabkan pelbagai masalah penghadaman, kerana badan anda perlu bekerja keras untuk menghadam makanan semasa badan anda berada dalam mod rehat. Bahkan jika anda tidak benar-benar tidur, sekadar berbaring di atas katil atau sofa selepas makan juga boleh mencetuskan gejala ulu hati. Ulu hati disebabkan oleh asid perut yang berlebihan, yang kemudian naik ke dada, bahkan ke tekak.

    Keadaan kesihatan lain, iaitu gastroesophageal reflux disease (GERD) atau yang sering dikenal dengan sebutan gangguan asam lambung, terjadi kerana injap antara perut dan esofagus anda tidak tertutup sepenuhnya, membuat asid perut dari perut naik ke tekak. Berbaring langsung selepas makan boleh membuat asid perut anda semakin parah.

    6. Meninggalkan sahur

    Rashi Chowdhary, pakar nutrisi, mengatakan bahawa selain dari perkara yang harus dielakkan semasa puasa seperti makan bergoreng, terlalu banyak gula dan kafein berlebihan, ada satu tabiat negatif yang akan sangat mempengaruhi tubuh anda seperti meninggalkan sahur. Bangun untuk sahur dan makan yang cukup akan memberi badan anda tenaga hingga tengah hari. Meninggalkan sahur juga boleh menyebabkan dehidrasi, bau mulut, dan masalah pencernaan. Makanan yang masuk saat sahur akan membantu tubuh anda untuk mendapatkan nutrisi selama beberapa jam ke depan.

    7. Makan terlalu banyak ketika berbuka

    Hospital Burjeel di Abu Dhabi menampung sebanyak 50 pesakit setiap hari pada bulan Ramadan, yang kebanyakannya mempunyai simptom cirit-birit, muntah-muntah, sakit perut akut, dan radang perut. Dr. Magdi Mohamed, pakar rawatan kecemasan di Hospital Burjeel menjelaskan bahawa hal tersebut disebabkan oleh makan berlebihan ketika berbuka puasa, terutamanya makanan yang kaya dengan karbohidrat. Beliau mengatakan bahawa ketika waktu berbuka puasa, anda perlu melayan perut anda dengan berhati-hati. Salah satunya adalah dengan mengambil makanan kecil seperti kurma sebanyak 2-3 buah, beserta segelas air putih.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 23/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan