backup og meta

5 Tanda Anda Mungkin Penagih Kopi

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    5 Tanda Anda Mungkin Penagih Kopi

    Tiada apa yang lebih nikmat seperti kopi yang panas, berkrim dan berbuih pada waktu pagi. Rasanya yang kaya, aroma panggang, sedikit pahit dan manis, dan mudah disediakan. Tetapi sekiranya anda tidak boleh melalui hari-hari anda tanpa kopi, itu bermakna anda mugkin ketagih kafein. Berikut tanda-tanda anda mungkin ketagih kopi:

    1. Sakit kepala jika tidak diminum

    Jika anda seorang peminum kopi biasa dan pernah melangkau secawan kopi pada waktu pagi, anda akan terbiasa dengan berdenyut-denyut di kepala.

    Coffee headaches‘ pastinya salah satunya dan itu disebabkan menghentikan pengambilan kafein harian menghasilkan perubahan dalam aliran darah serebrum. Dengan kata lain, kafein melambatkan aliran darah ke otak anda.

    2. Tidak boleh menumpukan perhatian

    Foggy brain atau otak bercelaru adalah satu lagi tanda anda mungkin bergantung kepada kafein, dan ini sekali lagi berkaitan dengan keupayaan kafein untuk meningkatkan adrenalin, yang membantu memberi perhatian dan fokus. Sekiranya anda terbiasa dengan rangsangan itu, apabila tidak mengambil kopi, anda berasa bercelaru dan kurang tumpuan.

    3. Perlukan lebih kopi untuk kesan yang sama

    Jika anda mula minum satu cawan kopi dan kini lima cawan sehari hanya untuk mendapatkan kesan yang sama, ini kerana badan anda yang memberi toleransi kepada kesan kafein.

    4. Rasa gementar atau cemas

    Semua orang memproses kafein secara berbeza, ada yang boleh minum tiga cawan tanpa masalah, sementara yang lain lebih sensitif. Jika dos kafein yang tinggi membuatkan anda berasa gementar, cemas, tegang, mual atau meloyakan, mungkin masa untuk anda mengurangkannya.

    Pada asasnya, kopi menimbulkan tekanan dalam tubuh (melalui adrenalin), menghasilkan ‘simptom kopi’ yang sering kita rasakan.

    5. Tidak terfikir untuk meninggalkan kopi

    Jika anda tidak dapat membayangkan dunia tanpa kopi, kemungkinan anda lebih bergantung kepada kopi daripada yang anda fikirkan. Untuk mengurangkannya, pakar mencadangkan supaya secara perlahan-lahan, agar tidak mengejutkan tubuh anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan