3 Hidangan Enak dengan Kale

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kale atau kubis daun dikenali sebagai raja sayur-sayuran sihat. Ia boleh dicampur dengan buah-buahan, dimakan mentah dan dimasukkan dalam sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Berikut adalah 3 resipi yang boleh anda nikmati di rumah tanpa sebarang usaha berat.

Snek Kale 

Snek yang boleh anda kunyah sepanjang hari tanpa rasa bersalah dan risau tentang berat badan anda.

Bahan-bahan:

daun kale kerinting, dicincang kepada saiz snek

1 sudu besar minyak zaitun.

1 sudu teh jintan putih dan paprika salai.

Garam dan lada.

Penyediaan

Dalam mangkuk, gaulkan semua bahan-bahan sehingga daun kale anda semuanya bersalut dengan perasa dan minyak. Bakar selama 12 – 15 minit pada suhu 200 celcius dalam ketuhar yang telah dipanaskan sehingga rangup.

Super smoothie

Smoothie yang sangat sihat yang anda perlukan sewaktu bergegas ke kelas.

Bahan-bahan:

Kale

Pisang beku

Nanas (atau sebarang buah-buahan yang sesuai)

Biji Chia

Biji flaks

Serbuk teh hijau

Susu Almond 

Penyedian

Pertama, masukkan pisang beku, kale, nanas dan susu badam dan kisar . Jika pisang anda terlalu keras, anda mungkin perlu menambah kelajuan pengisar atau tambah lebih banyak susu badam untuk menghaluskan semuanya. Apabila mendapat kepekatan yang anda kehendaki, tambah biji chia, biji flaks, dan serbuk teh hijau.

Risotto dengan pesto kale

Hidangan risotto yang boleh memanaskan diri anda dan mengisi perut pada waktu malam.

Bahan-bahan:

setengah cawan walnut, sedikit dicincang.

1 bawang sederhana, 1 ulas bawang putih dan daun kucai segar, semua perlu dicincang halus.

1 cawan pasli segar.

1 cawan beras arborio

2 sudu besar mentega tanpa garam

4 sudu besar minyak zaitun

setengah cawan stok ayam/daging

daun Kale dikoyak-koyakkan.

2 cawan keju parmesan parut.

Penyediaan:

Bakar walnut dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada suhu 350 celcius, terbalikkan sekali sekala selama 8 – 10 minit sehingga perang keemasan.

Tumis bawang dalam 2 sudu besar minyak zaitun untuk 5-8 minit sehingga lembut. Masukkan beras, tambah garam dan lada kemudian teruskan mengacau sehingga beberapa butir beras menjadi jernih.

Tambah stok ayam/daging dan masak dengan api sederhana kecil selama 3 minit sehingga kuali hampir kering. Tambah 2 cawan air panas dan tambah perasa lagi. Biarkan mendidih dan bakar dengan keadaan tertutup sehingga nasi menyerap kebanyakan cecair tetapi masih kurang masak. Ini akan mengambil masa 15 – 18 minit.

Untuk membuat sos pesto, tambah bawang putih, separuh daripada walnut yang tersedia, parsli, daun bawang, separuh daripada kale, baki minyak dan ¼ cawan air sejuk ke dalam pengisar dan kisar hingga halus. Tambah sentuhan garam dan lada secukup rasa.

Keluarkan daripada ketuhar dan letakkan atas api sederhana. Kacau beras dengan ¾ cawan air panas sehinggamenjadi lembut tetapi masih mempunyai kerangupan padanya. Tambah pesto, mentega, kales, parmesan dan tambah perasa buat kali terakhir.

Nasi perlu masak tetapi anda masih boleh melihat butiran bjirin (tidak hancur). Sos harus berkrim dan tebal. Hidangkan dalam piring dengan walnut dan keju parut di atas.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan