backup og meta

Sista Ovari: Apa yang anda perlu tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nurul Iftida Basri · Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser · Disemak pada 13/01/2022

    Sista Ovari: Apa yang anda perlu tahu

    Apa itu sista ovari? Apakah punca, simptom dan rawatan bagi penyakit ini? Artikel di bawah akan memberi maklumat lanjut mengenai perkara ini.

    Apa itu Sista Ovari?

    Sista ovari adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada kantung berisi air, yang menyerupai lepuh dan sering dijumpai pada wanita yang sedang melalui fasa kesuburan mereka. Ia terletak di dalam kedua-dua ovari di rahim.

    Bagi kebanyakan kes, sista ovari tidak menganggu kualiti hidup dan aktiviti harian pesakit kerana ia tidak berbahaya dan hilang dengan sendirinya tanpa sebarang intervensi rawatan atau ubat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kes di mana sista ovari boleh menjadi petanda kepada isu berkaitan kesihatan lain atau masalah mandul.

    Apakah rawatan bagi sista Ovari?

    Rawatan bagi sista ovari bergantung pada pelbagai faktor; seperti jenis, saiz, umur pesakit, simptom spesifik, keadaan kesihatan atau rancangan kehamilan pada masa akan datang.

    Bagi kebanyakan kes, sista ovari akan hilang dengan sendirinya, ini bermakna anda tidak memerlukan sebarang ubat atau rawatan bagi menyembuhkan penyakit ini. Selalu juga wanita muda yang tidak mengalami banyak simptom dinasihatkan untuk tunggu dalam satu tempoh masa, selama 2-3 bulan bagi melihat sama ada sista ovari akan hilang dengan sendiri atau tidak.

    Sebaliknya, jika sista ovari tidak hilang dengan sendirinya, hormon atau ubat pencegah kehamilan akan disyorkan untuk mengecutkan sista ovari yang berfungsi. Meskipun terdapat fakta mengatakan ubat pencegah kehamilan tidak dapat mengubati sista ovari jenis tidak berbahaya namun ubat ini menawarkan peluang untuk melindungi badan daripada sista ovari yang merbahaya.

    Bagi beberapa kes yang teruk, anda perlu menjalani pembedahan bagi merawat sista ovari yang tidak memberi tindak balas pada rawatan hormon, tidak hilang selepas beberapa kitaran haid, atau sista terlalu besar.

    Sekiranya anda mengesyaki anda mempunyai sista ovari, segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan nasihat perubatan. Lebih cepat anda tahu mengenainya, lebih kurang rawatan yang anda perlu ambil. Wanita di nasihatkan untuk datang sekali atau dua kali setahun bagi menjalani pemeriksaan untuk melihat sama ada badan mereka sihat dan berfungsi dengan normal.

    Anda juga mungkin berminat dengan

    • Kanser Ovari
    • Sindrom ovari polisista
    • Ubat yang boleh menganggu kesuburan wanita

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Nurul Iftida Basri

    Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


    Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser · Disemak pada 13/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan