backup og meta

Sindrom Mulut Terbakar

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 14/02/2023

    Sindrom Mulut Terbakar

    Definisi

    Apa itu sindrom mulut terbakar?

    Sindrom mulut terbakar adalah rasa ketidaknormalan di dalam mulut, diterangkan oleh pesakit rasanya seperti mulut melecur. Ketidakselesaan ini boleh menjejaskan lidah, gusi, bibir, bahagian dalam pipi, lelangit mulut atau kawasan keseluruhan mulut anda yang terjejas.

    Sesetengah pesakit mungkin mengalami kurang deria rasa atau perubahan rasa (pahit atau masin). Orang lain mungkin berasa mulut mereka kering atau melekit. Bagaimanapun, lapisan mulutnya secara klinikal kelihatan normal dalam kebanyakan kes.

    Apakah tanda dan simptom sindrom mulut terbakar?

    Kebanyakan pesakit yang mengalami sindrom mulut terbakar adalah wanita menopaus.

    Anda mungkin mempunyai rasa panas yang sederhana pada lidah, lelangit, bibir, gusi atau bahagian dalam pipi. 

    Bagi mereka, perasaan ini bermula pada waktu pagi dan puncak petang, selalunya mereda pada waktu malam. Dan sesetengah orang mungkin mempunyai perasaan terbakar sepanjang masa. Bagi yang lain, rasa sakit datang dan pergi. Simptom lain mungkin termasuk:

    • Kebas atau sesemut pada mulut dan lidah
    • Perubahan rasa seperti rasa pahit atau logam
    •  Mulut kering atau sakit

    Mungkin terdapat tanda dan simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom, jumpa doktor atau ahli farmasi anda.

    Rawatan

    Apa yang perlu saya lakukan?

    Anda boleh membantu meredakan simptom di rumah dengan cara:

    • Kerap minum air.
    • Menghisap ais yang dihancurkan.
    • Mengunyah gula gula tanpa gula – ini membantu anda menghasilkan lebih banyak air liur yang membantu menghalang mulut anda kering.
    • Elakkan makanan panas dan pedas, atau buah-buahan dan jus berasid.
    • Elakkan produk tembakau dan alkohol.
    • Kajian tentang sindrom mulut terbakar (BMS) telah memberi tumpuan lebih kepada etiologi berbanding rawatan. Walaupun ketika ini tiada penyembuhan definitif, sindrom kesakitan kronik ini dapat merawat simptom-simptom berdasarkan individu. Rawatan untuk BMS termasuk berikut: nystatin mulut, asid alpha-lipoik dan terapi kognitif, suplemen vitamin Clonazepam, suplemen zink.

    Bilakan saya perlu berjumpa doktor?

    Terlebih dahulu, anda mungkin berjumpa doktor atau doktor gigi akibat ketidakselesaan mulut. Oleh kerana sindrom mulut terbakat dikaitkan dengan pelbagai keadaan perubatan lain, doktor anda boleh merujuk anda kepada doktor lain seperti doktor kulit (pakar dermatologi), doktor yang pakar dalam masalah telinga, hidung dan tekak (ENT), dan sebagainya.

    Pada mulanya, doktor gigi anda dapat mengetahui jika kes anda adalah mengenai pergigian. Doktor boleh memeriksa padanan gigi palsu anda dan juga melihat sama ada anda alah kepada bahana pembuatannya. Selain itu, doktor boleh mengesyorkan produk untuk meredakan mulut kering atau menghilangkan jangkitan kulat.

    Doktor gigi mungkin menyarankan anda berjumpa doktor anda atau merujukkan anda kepada seorang pakar sekiranya beliau tidak dapat mencari punca pergigian. Anda kemudian boleh melakukan ujian untuk mencari penyebab sindrom mulut terbakar seperti kultur bakteria (terutama anaerobes), pengikisan lidah KOH, kultur kulat, Biopsi lidah atau mukosa, ujian Sialometry atau Schirmer.

    Pencegahan

    Bagaimanakah saya boleh mencegahnya?

    Tiada cara untuk mencegah sindrom mulut terbakar. Walau bagaimanapun, ingat untuk mengelakkan tembakau, makanan berasid, makanan pedas dan tekanan yang berlebihan, anda mungkin dapat mengurangkan ketidakselesaan daripada sindrom mulut terbakat atau mencegah ketidakselesaan anda menjadi semakin teruk.

     

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 14/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan