backup og meta

Bersihkah Berus Gigi Anda?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 29/11/2019

    Bersihkah Berus Gigi Anda?

    Apabila bercakap mengenai berus gigi, apa yang terlintas di fikiran anda terlebih dahulu? Berus gigi- alat berguna yang membantu anda memastikan gigi anda bersih dan sihat. Dengan berterusan memberus dan sentiasa diletakkan ubat gigi, anda mungkin terfikir bahawa berus gigi anda adalah perkara yang paling bersih di dalam rumah. Walau bagaimanapun, ini tidak benar. Bersedialah untuk mengetahui fakta menjijikkan tentang berus gigi anda.

    Terdapat berjuta-juta bakteria hidup pada berus gigi

    Anda mungkin tidak percaya, tetapi berus gigi anda adalah rumah kepada pelbagai jenis bakteria:

    • Streptococcus mutans,yang menyebabkan hakisan enamel gigi, pereputan gigi dan kerosakan gigi.
    • Coli, punca utama cirit-birit.
    • Streptokokus Beta-hemolitik, penyebab jangkitan strep pada tekak anda.
    • Najis, najis mungkin melalui udara dan melekat pada berus gigi anda jika anda membiarkan penutup tandas terbuka.
    • Staphylococci, yang menyebabkan jangkitan kulit.
    • Porphy-romonas gingivalis,yang menyebabkan penyakit gusi.
    • Candida albicans, yang menyebabkan ruam, kulit kering, kelemumur, kurap, kaki makan air.
    • Herpes simplex, yang menyebabkan lepuh sejuk.
    • Hepatitis A, B, dan C.

    Berus gigi anda mudah tercemar

    Dari sinki

    Apabila anda mencuci tangan,, air terpercik dari tangan boleh melekat pada berus gigi anda. Dengan itu, bakteria yang cuba anda singkirkan dengan membasuh tangan boleh terbawa balik terus ke mulut!

    Dari tandas

    Apabila anda mengepam tandas dengan penutup terbuka, bakteria dan virus daripada semburan tandas boleh kekal dalam udara cukup lama untuk sampai kepada setiap permukaan bilik mandi. Sekiranya berus gigi anda jatuh di atas lantai bilik mandi, ia adalah sama seperti memberusnya pada kaki anda.

    Bagaimana untuk memastikan ia bersih?

    Bekas plastik harus dielakkan

    Jika anda meletakkan berus gigi dalam bekas kedap udara, ia tidak akan kering antara waktu memberus gigi, yang menggalakkan pertumbuhan kulat. Apa yang lebih teruk adalah jika anda menyimpan berus-berus gigi dengan kepala mereka bersentuhan, bakteria boleh merebak dari satu berus gigi kepada yang lain, terutamanya apabila terdapat ahli keluarga anda yang mempunyai sejarah penyakit.

    Gunakan ubat gigi yang betul

    Ubat gigi yang mengandungi triclosan atau kopolimer adalah lebih baik daripada ubat gigi biasa dalam membunuh bakteria oral, oleh itu ia juga boleh memastikan berus gigi anda bersih.

    Jangan berkongsi berus gigi anda dengan orang lain

    Sekalipun ahli keluarga anda, jangan berkongsi berus gigi anda dengan mereka kerana ini boleh membuatkan bakteria merebak lebih mudah.

    Bersihkan dengan betul

    Rendam berus gigi anda dalam hidrogen peroksida atau ubat kumur dengan agen anti-bakteria, terutamanya selepas jatuh di atas lantai bilik mandi. Letakkan berus gigi elektrik anda dalam mesin basuh pinggan mangkuk sekiranya anda perlu membersihkannya dengan betul.

    Pastikan penutup tandas ditutup

    Untuk mengelakkan bakteria daripada terbang bebas di udara, sila tutup penutup tandas.

    Tukar berus gigi dengan kerap

    Gantikan berus gigi anda sekurang-kurangnya setiap tiga hingga empat bulan, atau apabila berus gigi menjadi berbulu dan rosak. Gunakan berus gigi yang baru dengan kualiti yang baik untuk menghilangkan bakteria.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 29/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan