backup og meta

5 Sebab Mengapa Anda Perlu Mendapatkan Pemeriksaan Gigi Berkala

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 25/01/2023

    5 Sebab Mengapa Anda Perlu Mendapatkan Pemeriksaan Gigi Berkala

    Pemeriksaan gigi mungkin kurang popular di Malaysia tetapi tahukah anda setiap orang seharusnya menjalani pemeriksaan gigi berkala setiap enam bulan demi kesihatan mulut yang optimum?

    Jika ingin tahu mengapa anda perlu mendapatkan pemeriksaan gigi berkala, baca sehingga ke penghujung artikel.

    1. Mengesan kanser mulut

    Kanser mulut mungkin penyakit mulut utama yang ingin anda elakkan. Ia adalah kanser yang sangat bahaya dan terutamanya menyebabkan masalah untuk makan dan minum yang tentunya akan menjejaskan keadaan anda dalam banyak sudut.

    Dengan pemeriksaan gigi berkala, doktor gigi yang telah dilatih akan mampu mengesan tanda-tanda awal kanser mulut agar ia dapat diuruskan dengan lebih efektif.

    2. Plak dan kaviti

    Walaupun anda telah memberus gigi dan menggunakan floss setiap hari, masih akan ada kawasan di dalam mulut anda di mana plak akan terkumpul. Jika tidak dikesan dan dibersihkan, plak yang terkumpul itu akan membesar mengeras sehingga susah untuk dibuang dan boleh mengakibatkan pembentukan kaviti.

    Pembersihan secara berkala boleh menghalang masalah ini dari berlaku. Tambahan lagi, kos membersihkan gigi adalah lebih rendah daripada kos menampal kaviti. Justeru, pastikan anda mendapatkan pemeriksaan gigi berkala.

    3. Penyakit gusi

    Plak bukan sahaja merosakkan gigi, malah gusi juga boleh terlibat sama. Masalah gusi seperti radang dan gusi susut boleh menyebabkan bengkak dan pendarahan pada gusi. Di samping itu, gigi juga mungkin menjadi longgar dan tercabut.

    Masalah gusi memerlukan banyak kepakaran dan rawatan serta kos tinggi untuk rawatan. Jika tidak mencegahnya dari awal, tentunya poket anda akan kering.

    4. Mencegah tabiat buruk

    Tabiat seperti mengetap gigi, mengunyah ais atau menggigit kuku mempunyai kesan terhadap kesihatan mulut dan gigi anda. Melalui pemeriksaan gigi berkala, Doktor boleh mengesan jika terdapat kesan buruk terhadap gigi dan mulut anda disebabkan oleh tabiat ini.

    5. Mengesan penyakit lain

    Simptom dan tanda pada mulut dan gigi bukan sahaja disebabkan oleh penyakit mulut semata-mata, tetapi ia juga boleh disebabkan penyakit di bahagian badan yang lain. Pemeriksaan berkala akan membantu doktor mengesan penyakit lebih awal.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 25/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan