5 Punca Mulut Terasa Pahit Semasa Puasa

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Selain lapar dan dahaga, mulut yang terasa pahit sering menjadi keluhan semasa puasa. Rasa pahit dalam mulut boleh menandakan penyakit yang serius, seperti masalah ginjal, penyakit hati, diabetes yang tidak terdiagnosis, hingga kanser tertentu. Tapi sejumlah alasan ini tidak umum, dan biasanya akan disertai dengan simptom lain. Tetapi jika ketika anda sihat, penyebab mulut terasa pahit semasa puasa biasanya tidak berbahaya — boleh jadi kecuaian adalah penyebabnya.

Apakah punca mulut terasa pahit semasa puasa?

1. Kekurangan cecair

Rasa pahit di lidah terjadi kerana pengeluaran air liur yang berkurang akibat tubuh kekurangan cecair semasa berpuasa. Kelenjar liur dalam mulut menjadi kering kerana tubuh terpaksa menumpukan pengumpulan cecair ditempat lain yang lebih memerlukannya. Kesannya, jumlah oksigen di mulut juga berkurang sehingga menyebabkan pertumbuhan bakteria anaerob (organisma yang tidak memerlukan oksigen untuk hidup). Bakteria tersebut menghasilkan sulfur yang menyebabkan bau tidak sedap dan rasa pahit di lidah.

2. Jarang gosok gigi

Mulut merupakan rongga yang hangat dan lembap, tempat ideal untuk pertumbuhan bakteria. Jika anda tidak menggosok gigi dan membersihkannya secara teratur, bakteria dan kuman boleh berkumpul di mulut. Ini menyebabkan masalah gigi dan gusi seperti gingivitis (radang pada gusi), periodontitis, dan jangkitan gigi. Ini mungkin yang menjadi penyebab mulut anda terasa pahit semasa puasa.

3. Asid perut naik

Seharian perut kosong boleh memburukkan lagi asid perut pada waktu siang semasa berpuasa. Simptom utama dari asid perut naik, dikenal sebagai Gastro Esofagus Refluks Disease (GERD) dunia perubatan, melibatkan rasa asid atau pahit di mulut. Ini disebabkan oleh aliran balik dari cecair asid perut yang naik ke kerongkong.

4. Berhenti merokok

Puasa umumnya dijadikan sebagai waktu untuk berhenti merokok bagi sebahagian besar orang. Tetapi siapa sangka bahawa niat baik mungkin menjadi penyebab di mulut pahit semasa berpuasa.

Pendedahan kepada bahan kimia daripada rokok yang diterima oleh tubuh anda pada akhirnya merosakkan sistem saraf yang ada di lidah, yang berfungsi untuk membezakan antara rasa masin, masam, manis, dan pedas dari setiap makanan yang anda makan. Rokok juga boleh merosakkan struktur papila, nodul kecil di atas permukaan lidah yang menerima rangsangan saraf dari luar.

Akhirnya, merokok akan mengurangkan kemampuan citarasa anda walaupun selepas anda menghentikan tabiat ini. Dengan erti lain, mulut yang masam dan pahit yang anda rasa semasa puasa adalah kesan tabiat merokok anda selama ini.

5. Sedang hamil

Mulut yang terasa pahit adalah salah satu simptom kehamilan umum selama trimester pertama. MAlah, deria rasa ini juga berlaku semasa makan dan berpuasa.

Psstt… tidur ternganga juga boleh menjadi penyebab mulut kering dan mulut terasa pahit semasa puasa!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Dalam Sebulan Puasa, Orang Gastrik Kena AMBIL 9 Makanan Ini

    Penghidap gastrik antara individu terkesan dalam bulan Ramadan. Jadi ini adalah 9 jenis makanan yang perlu diambil untuk atasi masalah gastritis.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan, Perayaan 29/04/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Berat Badan Ideal Masa Ramadan? Buatlah Solat Tarawih, Bakar Kalori Anda Lepas Berbuka

    COVID-19 'memaksa' kita untuk solat Tarawih di rumah sahaja. Tahukah anda, antara kelebihan solat Tarawih adalah membantu membakar kalori selepas berbuka?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Perayaan 28/04/2020 . 3 minit bacaan

    Berperang Nak Kejutkan Anak Bangun Sahur? Ini 11 Tip Ibu Ayah Boleh Cuba

    Tiba bulan Ramadan pasti ada ibu bapa yang berasa susah hati memikirkan cara untuk kejutkan anak bangun bersahur. Jangan risau, ini 11 tip untuk membantu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan, Perayaan 27/04/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Risau! Mulut Takkan Lagi Berbau Semasa Berpuasa Jika Lakukan 5 Tip Ini!

    Umum mengetahui bahawa orang yang berpuasa akan mengalami masalah mulut berbau. Tenang, ini kami kongsikan cara hilangkan bau mulut yang berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 24/04/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bulan ramadhan

    Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 18/05/2020 . 3 minit bacaan
    puasa 20 jam

    Anda Sanggup Puasa 20 Jam Sehari Sepanjang Ramadan? Ini Cabaran Bagi Umat Islam Di Luar Negara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 13/05/2020 . 3 minit bacaan
    bahaya merokok

    Ingin Berhenti Merokok Bulan Puasa Ini? Buat 5 Tip Di Bawah Confirm Anda Tak Hisap Lagi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/05/2020 . 3 minit bacaan
    menu sahur simple

    Tak Tahu Nak Masak Apa Masa Sahur? Ini 7 Menu Simple Boleh Cuba Sepanjang Ramadan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/04/2020 . 4 minit bacaan