Tanda-tanda Kleptomania atau Ketagihan Mencuri

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Mungkin anda pernah menemui penderita kleptomania dalam kalangan kenalan anda, atau pernah menjadi mangsa seorang kleptomania atau mungkinkah anda sendiri yang sedang menghadapinya? Kleptomania ialah keadaan yang membuat penderitanya kerap mengambil barang milik orang lain. Ia merupakan ketidakupayaan berulang untuk menahan dorongan mencuri barang yang bukannya anda perlukan dan biasanya tidak mempunyai nilai. Kleptomania adalah masalah kesihatan mental yang jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan penderaan emosi kepada anda dan orang tersayang jika tidak dirawat.

Kleptomania adalah sejenis gangguan yang disifatkan dengan masalah mengawal emosi atau tingkah laku. Ini bererti kesukaran menahan diri daripada godaan atau keinginan untuk melakukan tindakan yang berlebihan atau berbahaya kepada anda atau orang lain.

Ramai orang yang menghidap kleptomania hidup dalam keadaan malu dan merahsiakan ketagihan mereka kerana tidak mahu mendapatkan rawatan kesihatan mental. Walaupun kleptomania tidak boleh disembuhkan, rawatan dengan ubat atau terapi perbualan (psikoterapi) boleh membantu menamatkan tabiat mencuri yang kompulsif.

Simptom-simptom kleptomania

Punca kleptomania tidak diketahui dengan jelas, tetapi mungkin berpunca disebabkan perubahan bahan kimia dalam otak, yang disebut neurotransmitter. Berikut merupakan beberapa simptom yang mungkin dihadapi penghidap kleptomania:

1. Tidak mampu menahan dorongan untuk mencuri

mencuri

Tidak seperti orang normal yang lain, penderita kleptomania selalu mendapat dorongan kuat untuk mengambil barang milik orang lain. Namun ini berbeza dengan pencuri yang mencuri kerana menginginkan suatu barang  yang tidak mampu untuk dibelinya.

Sebaliknya, kleptomania sebenarnya tidak terlalu memerlukan barang tersebut, bahkan biasanya memiliki wang untuk membelinya sendiri. Namun, mereka tidak dapat menahan diri untuk tidak mengambil barang tersebut.

2. Merasa puas setelah mencuri

mencuri

Sebelum melakukannya, biasanya penderita kleptomania akan diselimuti perasaan takut dan cemas jika diketahui orang lain. Tetapi perkara ini tidak berlanjutan lama kerana mereka akan tetap mengambil barang milik orang lain.

Barang yang diambil pula sebenarnya tidak terlalu berguna untuk mereka, sehingga akhirnya hanya akan disimpan, disumbangkan, atau dikembalikan ke tempat asal secara diam-diam. Namun yang pasti, bukan untuk kegunaannya.

3. Terjadi secara spontan

‘Episod’ kleptomania biasanya muncul dengan tidak diduga dan tanpa perancangan yang matang. Ini bererti penderita kleptomania boleh melakukan aksinya di mana sahaja, termasuklah di tempat umum sekalipun.

Ini kerana dorongan untuk mencuri boleh muncul di mana pun penderita berada, tanpa mengenal tempat. Pelakunya pun boleh melakukan aksinya seorang diri tanpa perlu kerjasama atau bantuan daripada orang lain.

4. Dorongan untuk mencuri selalu kembali

Kleptomania boleh diibaratkan seperti penyakit yang datang berulang. Penderitanya mungkin sudah mendapatkan barang yang diinginkan, tapi ini tidak menutup kemungkinan dorongan untuk mencuri itu akan kembali lagi di kemudian hari.

Pun begitu, keinginan tersebut datang dalam tahap yang berbeza, sama ada pada tahap yang lemah hinggalah tahap dorongan yang sangat kuat dan sukar untuk ditahan.

5. Tidak dilakukan kerana ingin membalas dendam

Kleptomania mungkin melakukan aksinya dimana sahaja tanpa mengenal tempat dan waktu. Apa yang dilakukannya pun bukan kerana ingin meluahkan kemarahan atau membalas dendam kepada orang lain. Sebaliknya hanya untuk menyalurkan keinginan yang tidak dapat ditahan daripada dalam dirinya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Tambah Kawan? Ikuti 10 Trick Psikologi Ini

    Terfikir untuk tambahkan kawan dalam lingkungan sosial anda? Cuba 10 trick psikologi yang kami sediakan ini, ia pasti membuatkan anda dikejar ramai orang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 14/01/2020 . 4 minit bacaan

    Ehem! Ini 7 Tanda Anda Tertarik Secara Seksual Dengan Seseorang, Tak Payah Sorok Memang Nampak!

    Setiap orang pasti pernah mengalami tekanan seksual terhadap seseorang. Ingin tahu lebih lanjut mengenai perkara ini? Jom baca artikel!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 18/11/2019 . 4 minit bacaan

    Individu Narsisis Lebih Rintang Kemurungan – Kajian

    Menurut penilaian 3 kajian berbeza berkaitan dengan ciri-ciri personaliti, narsisis jenis grandiose didapati memiliki kekuatan mental yang lebih teguh.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 01/11/2019 . 2 minit bacaan

    Dalam Keadaan Kekurangan, Diskriminasi Berlaku Lebih Cepat – Kajian

    Menurut kajian yang oleh Cornell University, diskriminasi dan tingkah laku bias lebih mudah berlaku apabila berada dalam keadaan kekurangan atau kegawatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Berita, Berita Antarabangsa 01/11/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesan duduk terlalu lama

    Anda Suka Duduk Sepanjang Hari? Jangan Biasakan Diri, Amalan Ini Boleh Sebabkan Kanser!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    pakar psikiatri

    Lupakan Mentalist Joker, Ini BAHAYA Jika Anda Guna Khidmat Konsultasi Berbayar Online Tak Diiktiraf

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan
    kurang tidur

    Mengimpikan Kehidupan Seks Yang HEBAT Bersama Pasangan, Ini Rahsia Yang Harus Anda Buat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/06/2020 . 3 minit bacaan
    klimaks seks

    Ini Sebab Klimaks Penting Semasa Hubungan Intim, Ada Kaitan Dengan Otak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/05/2020 . 3 minit bacaan