Perubahan Emosi: Apakah Puncanya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Ia adalah sesuatu yang normal untuk setiap individu mengalami perubahan emosi sekali-sekala. Perubahan yang melibatkan minda dan emosi seseorang individu yang berkaitan dari perasaan gembira dan bahagia kepada kesedihan dan ketakutan.

Kebiasaannya ia dipengaruhi oleh keadaan sekeliling, walaupun keadaan itu langsung tidak mendatangkan efek kepada individu lain. Malahan, anda mungkin mengalami perubahan mood tanpa sebarang sebab. Keadaan kesihatan juga boleh menjadi antara punca berlakunya perubahan emosi ini.

Apakah simptomnya?

Selain perubahan mendadak dalam emosi, anda mungkin mengalami:

  • Kebimbangan dan kesengsaraan
  • Kekeliruan dan mudah terlupa
  • Mudah hilang fokus
  • Pengambilan alkohol berlebihan
  • Berhalusinasi
  • Tertekan
  • Sering membuat keputusan terburu-buru
  • Melulu, cuai
  • Bercakap laju
  • Kesukaran memahami dan menyampaikan maklumat
  • Perubahan selera dan berat badan
  • Kelesuan
  • Haid tidak teratur
  • Loya
  • Gangguan tidur

Faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan

Keadaan mental seperti gangguan bipolar, gangguan cyclothymic, gangguan kemurungan utama, dysthymia, dan gangguan emosi, gangguan ketidaksuburan juga boleh menyebabkan perubahan emosi ini. Skizofrenia dan Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD) juga boleh mengakibatkan berlakunya perubahan dalam emosi.

Ketidakstabilan hormon boleh mengganggu kimia otak yang akhirnya merubah emosi individu. Remaja, wanita hamil, dan wanita yang berdepan dengan menopaus sering mengalami ketidakstabilan hormon, sekali gus mendedahkan mereka kepada perubahan emosi ini.

Penggunaan dadah dan alkohol boleh memberikan kesan negatif kepada emosi. Penyalahgunaan bahan ini boleh menyebabkan ketagihan dan mengganggu keadaan mental individu.

Keadaan kesihatan lain seperti yang menjejaskan fungsi paru-paru, sistem kardiovaskular, tiroid, dan sistem saraf pusat juga boleh mengakibatkan perubahan pada emosi.

Apa yang boleh menjadi pencetus?

Selain dari faktor yang disebutkan di atas, emosi boleh berubah disebabkan beberapa perkara lain, termasuklah tekanan, perubahan kehidupan, diet pemakanan, corak tidur, dan juga ubatan yang diambil. Ia adalah amat berguna untuk mencatatkan apa yang berlaku apabila anda berdepan dengan emosi yang berubah sebagai bantuan untuk doktor mengesan punca utamanya.

Perlukah mendapatkan bantuan perubatan?

Terdapat sesetengah individu mempunyai gangguan emosi yang melampau tetapi sihat sepenuhnya. Jika emosi yang terganggu ini tidak menjejaskan kualiti hidup anda, ia tidak seharusnya menjadi kebimbangan.

Tetapi, seandainya emosi yang berubah ini berterusan dan mendatangkan kesan kepada kehidupan seharian anda, ia perlu diberi perhatian. Contohnya, jika perasaan yang anda lalui membuatkan anda melibatkan diri dalam tingkah laku yang merosakkan atau mencederakan diri sendiri, anda perlu berjumpa doktor.

Kaedah merawat

Seandainya perubahan emosi yang berlaku disebabkan pengambilan ubatan, merawat keadaan akan dapat membantu anda mengawal emosi. Gabungan terapi dan ubatan dengan perubahan gaya hidup yang positif sangat berkesan dalam menangani perubahan berkaitan emosi ini.

Berikut adalah antara perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu diri sendiri:

  • Kekal dengan jadual harian
  • Lakukan senaman secara teratur
  • Dapatkan tidur yang berkualiti
  • Menjaga pemakanan
  • Amalkan yoga atau bermeditasi
  • Hindari perkara yang boleh mendatangkan tekanan
  • Berbual dengan individu yang anda percaya

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Emosi Berubah Disebabkan Diabetes

    Seseorang individu yang menghidapi diabetes akan mengalami perubahan emosi. Perubahan tersebut termasuk kemurungan dan kebimbangan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Pei Yu Ng
    Pusat Kesihatan, Diabetes 28/11/2018 . 2 minit bacaan

    Diabetes dan Kesannya Terhadap Emosi

    Diabetes adalah satu keadaan yang memberi kesan kepada cara tubuh seseorang menggunakan gula untuk tenaga. Walau bagaimanapun, diabetes menjejaskan hampir semua sistem badan dan mempunyai kesan pada emosi seseorang. Diabetes ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 05/09/2018 . 2 minit bacaan

    Kecelaruan Bipolar Satu Masalah Mental. Ini Yang Perlu Difahami…

    Terdapat beberapa jenis masalah mental, seperti kecelaruan stres pascatrauma, kecelaruan obsesif-kompulsif. Pernahkah mendengar tentang kecelaruan bipolar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 12/06/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    susah-tidur-malam-kesan-wajib-anda-tahu

    Sering Berjaga Setiap Malam? Ini KESAN Buruk Jika Tak Tidur Sehari Hingga Lebih 3 Hari, BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/06/2020 . 3 minit bacaan

    Masyarakat Didapati Lebih Gembira Sepanjang Pandemik COVID-19? Biar Betul! Tapi Kenapa?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 03/06/2020 . 3 minit bacaan
    9-cara-mendidik-anak-3-tahun

    Si Manja Dah Masuk 3 Tahun? Semak 9 Perkara Di Bawah, Sepatutnya Anak Dah Pandai Buat Yang Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 20/05/2020 . 3 minit bacaan

    Sekejap Sedih, Sekejap Gembira – Kenapa Ibu Hamil Selalu Alami Mood Swings?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/09/2019 . 4 minit bacaan