Ketagihan Pornografi Bukan Sekadar Menjejaskan Otak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Setiap orang yang menonton pornografi, baik lelaki mahupun wanita, menggunakan alasan bahawa menonton filem porno dapat mengembangkan fantasi seksual dan mendorong rangsangan seksual ketika berhubungan intim dengan pasangan. Maka tidak hairanlah ada pasangan berkahwin yang menonton filem pornografi bersama-sama. Kemudahan capaian kepada filem porno yang berlambak di alam maya membuka peluang menonton dengan kerap sehingga ada yang menjadi ketagih dan mendatangkan kesan bahaya.

Sebuah kajian di Jerman mengungkapkan bahawa terlalu kerap menonton filem porno boleh menjejaskan kesihatan otak. Para pengkaji tersebut menemukan bahawa terlalu kerap atau secara teratur menonton filem porno dapat membuatkan isi padu di bahagian striatum mengalami penyusutan. Striatum sendiri adalah bahagian otak yang terkait dengan motivasi.

Kajian dengan Cambridge University pada tahun 2013 pula mendapati otak seseorang yang suka menonton filem porno hampir sama dengan penagih dadah. Berdasarkan hasil scan, terdapat tiga bahagian otak yang lebih aktif pada mereka yang suka menonton filem porno sejak usia muda berbanding yang tidak.

Kesan menonton filem porno tidak hanya menjejaskan otak. Ketahui kesan lain ketagihan pornografi.

1. Kehilangan kegairahan seksual

Sebuah kajian yang diterbitkan di Italian Society of Andrology and Sexual Medicine menunjukan bahawa daripada 28,000 lelaki yang dijadikan objek kajian, kebanyakan menonton filem porno sejak muda, sekitar usia 14-20 tahun.

Menurut Marnia Robinson, ketua pengkaji, semakin ramai lelaki muda di Itali menderita anoreksia seksual dan tidak mampu mengalami ereksi kerana penggunaan internet untuk pornografi yang biasanya dimulai sewaktu remaja.

Anoreksia seksual di sini disifatkan sebagai keadaan berkurangnya nafsu atau kegairahan seksual. Biasanya orang yang mengalaminya menjadi takut dengan keintiman, sentuhan seksual, malu, dan membenci diri sendiri atas pengalaman seksualnya. Robinson sendiri mengatakan penyebab orang jadi suka menonton filem porno atau ketagihan dengan pornografi dan mengalami anoreksia seksual adalah masalah fisiologi, bukan psikologi.

2. Mati pucuk

Mereka yang ketagihan menonton filem porno akan lebih berisiko tinggi mengalami disfungsi erektil atau mati pucuk. Profesor Carlo Foresta, profesor urologi di University of Padua, Itali mendapati bahawa 70% pemuda yang mencari bantuan klinikal untuk masalah seksual adalah karena masalah ketagihan pornografi di internet.

Menurut beliau, ramai lelaki muda berusia 20 tahun atau lebih, tidak dapat melakukan hubungan intim dengan wanita dalam dunia nyata, sehingga membuat mereka memiliki kebiasaan menonton filem porno atau melancap dengan berlebihan.

Mereka tidak akan pernah terbuka membicarakan hal ini dengan teman atau rakan kerja kerana takut akan menjadi bahan sindiran. Tapi ketika ada yang menceritakan masalah ini dalam forum kesihatan, maka akan banyak respon yang didapati dariada orang lain yang juga mengalami masalah yang sama.

Menurut Profesor Foresta, disfungsi erektil atau mati pucuk yang berkaitan dengan pornografi boleh disembuhkan. Akan tetapi dalam masa pemulihan, memerlukan 4-12 minggu untuk menghindari rangsangan seksual yang tinggi.

3. Jadi tidak tertarik melakukan hubungan seks di dunia sebenar

Dalam kajian lain, ketagihan menonton filem porno boleh menjadikan seseorang lelaki menjadi tidak tertarik melakukan seks di dunia sebenat. Kajian ini menemukan bahawa pornografi boleh membuat lelaki tidak berasa gembira dengan hubungan seksual yang sebenar dengan pasangannya.

Ini boleh terjadi kerana menonton filem porno membuat rangsangan dopamin terjadi secara terus menerus. Akibatnya, otak kehilangan kemampuan untuk memberi tindak balas tahap dopamin yang normal, dan orang yang sudah ketagihan filem porno perlu pengalaman seksual yang lebih ekstrem agar mampu terangsang di dunia nyata.

Statistik pornografi

Berikut merupakan data statistik yang diterbitkan Psychguides tentang fakta pornografi di dunia.

  • 1 daripada 5 pencarian di internet melalui telefon pintar adalah pornografi.
  • Lelaki yang memilik perkahwinan yang bahagia 61% lebih kurang kemungkinannya menonton pornografi.
  • 20% lelaki menonton pornografi sewaktu bekerja.
  • 88% adegan pornografi mengandung kekasaran fizikal dan 49% mengandungi kekasaran verbal.

Sekalipun anda masih mampu mengawal kekerapan menonton porno dan yakin bahawa anda tidak memudaratkan orang lain, industri pornografi sendiri merupakan industri yang menggalakkan pemerdagangan manusia, kekerasan terhadap wanita mahupun kanak-kanak. Anda mungkin berasa selesa menonton filem porno dalam ruang peribadi anda sedangkan industri ini mempunyai kesan global terutamanya terhadap golongan manusia yang paling mudah dieksploitasi.

Bukan semua orang yang berminat menonton porno mahu menonton keganasan terhadap wanita tetapi sebagaimana penagih dadah tidak mempunyai kawalan bilamana pengambilan kuantiti dadah seperti biasa tidak mempunyai kesan, begitu juga penonton filem lucah tidak lagi mempunyai kawalan bila aksi seks yang normal tidak lagi merangsang mereka. Lama-kelamaan ini akan membuka pintu kepada aksi yang lebih ganas mahupun seks songsang dan penderaaan seksual terhadap kanak-kanak. Akhirnya, anda bukan sekadar mencipta permintaan terhadap pornografi, tetapi juga permintaan untuk pemerdagangan manusia, penderaan seksual dan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Sebagaimana yang disebut dalam gerakan anti-pornografi, Fight The New Drug, kaitan pornografi dengan pemerdagangan manusia ialah seperti kaitan rokok dengan kanser.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Terangsang Apabila Pasangan Angkat Ketiak? Anda Mungkin Termasuk Dalam Golongan Ini!

    Semua orang lahir dengan fantasi seks yang tersendiri. Bagaimana dengan ketiak manusia? Adakah ia normal atau tidak? Jom klik untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 08/10/2020 . 3 minit bacaan

    Seks Memang Seronok Namun Ada Kajian Kata Ia Boleh Cetuskan Serangan Asma! Benarkah?

    Seks adalah satu aktiviti yang sangat seronok. Namun ada kajian yang kata ia boleh jadi punca penyakit asma! Benarkah? Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Asma 08/10/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Bersama Tapi Tak Tahu Pasangan Ada Mood Atau Tidak? Perhatikan Petanda Isteri Terangsang

    Kaum Adam, jika anda ingin memberikan pengalaman seks terbaik kepada isteri, amat penting untuk mengenal pasti tanda-tanda wanita ghairah terlebih dahulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 07/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kenapa Perlu Berdiam Diri Sahaja Jika Ada Masalah Ereksi? Lakukan 5 Jenis Ujian Ini Segera!

    Sekiranya kalian ada masalah ereksi zakar seperti mati pucuk, sila lakukan 5 ujian ini bersama doktor secepat mungkin agar ia dapat diatasi segera!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 01/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit gonorea

    Nampak Macam Sama, Tapi Jangkitan Gonorea & Klamidia Ini Sangat Berlainan! Ini Bezanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    sebab mati pucuk

    Ubat Rambut Gugur Boleh Sebabkan Mati Pucuk? Jaga-jaga, Ada 4 Lagi Punca MENGEJUTKAN!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit radang pelvik

    Malu Nak Jumpa Doktor, Penyakit Radang Pelvik Boleh Sembuh Sendiri Tanpa Rawatan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    seks semasa hamil

    Seks Semasa Haid Bukan Sahaja Kotor Tapi Juga Bahaya! Kalian Mungkin Terkena Penyakit Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan