Apa itu Meroyan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Apa itu meroyan? Meroyan selalunya disamakan dengan kemurungan selepas kelahiran (Postpartum depression), tapi meroyan dalam kefahaman masyarakat Melayu sebenarnya bukanlah terhad kepada kemurungan, bahkan termasuk juga psikosis, obsesif kompulsif dan keresahan.

Dalam pendefinisian psikiatri juga, masalah psikologi selepas kehamilan telah diolah kembali dengan terma yang lebih merangkumi semua bentuk simptom meroyan.

Apa itu meroyan?

Oleh itu, istilah meroyan sebagaimana yang difahami dalam masyarakat sebenarnya lebih tepat dikaitkan dengan kecelaruan mood dan keresahan perinatal (Perinatal Mood and Anxiety Disorder, PMAD).

Perinatal merujuk kepada masa sekitar kelahiran, iaitu sewaktu hamil dan selepas kelahiran. Ini kerana kecelaruan mood boleh berlaku sewaktu kehamilan juga. Kemurungan pascapartum pula berada di bawah klasifikasi jenis kemurungan dan juga PMAD.

Pendefinisian dan pengkategorian yang tepat ini penting kerana ia membantu doktor dan pesakit memahami dan mengenal pasti penyakit ini. Contohnya, jika pesakit hanya memahami meroyan sebagai masalah kemurungan, sedangkan mereka mengalami keresahan, mereka mungkin tidak mendapatkan bantuan professional kerana gagal mengenal pasti keadaan mereka.

Jenis Meroyan

PMAD atau masalah meroyan mungkin muncul dalam beberapa bentuk yang berbeza iaitu: 

1. Kemurungan

Wanita yang mengalami kemurungan pascapartum mungkin menampakkan simptom kesedihan, mudah marah, insomnia dan anhedonia. Anhedonia bermaksud perkara-perkara yang biasanya membuat anda gembira tidak lagi menggembirakan, serta kurang motivasi yang boleh memberi kesan kepada hubungan anda dengan bayi.

2.  Keresahan 

Terdapat juga keresahan selepas bersalin yang biasanya menampakkan simptom seorang wanita mempunyai fikiran yang sentiasa kusut berbanding biasa, sentiasa bimbang, dan mungkin terganggu dengan imej-imej tertentu, seperti membayangkan perkara-perkara yang dahsyat berlaku kepada dirinya, kepada bayi, dan lain-lain.

Wanita ini sentiasa dipenuhi ketakutan dan kerisauan sehingga memberi kesan terhadap kemampuannya bersosial.

Pesakit dengan keresahan selepas bersalin ini biasanya memencilkan diri. Beliau mungkin percaya bahawa beliau tidak boleh pergi ke luar kerana takut jika bayi menangis dan tidak dapat menanganinya. Akibatnya, semua aktiviti akan dielakkannya.

3. Obsesif kompulsif 

Terdapat juga obsesif kompulsif perinatal yang mungkin dialami sewaktu hamil atau selepas bersalin. Wanita yang mengalaminya sentiasa bergelut dengan pemikiran yang obsesif dan tindakan yang kompulsif. Tindakan kompulsif yang dilakukannya biasanya dilakukan untuk menangani fikiran cemas tetapi tidak berfungsi, dan akhirnya menambahkan keresahan.

4. Psikosis 

Jenis PMAD yang paling teruk ialah psikosis. Ia sangat jarang berlaku dan memerlukan bantuan perubatan segera kerana wanita tersebut terputus hubungan daripada realiti, sama ada mempunyai halusinasi, khayalan, dan lain-lain. Ia boleh menjadi agak berbahaya kepada si ibu dan anak.

Faktor risiko PMAD

Kesemua masalah PMAD atau meroyan ini boleh dirawat. Tetapi anda perlu juga mengetahui bahawa terdapat risiko genetik, biologikal atau persekitaran yang membuat seseorang wanita lebih berisiko mengalami masalah ini.

Genetik bermaksud sejarah penyakit mental atau sejarah keluarga dengan penyakit mental. Sementara risiko biologi adalah seperti mengandung di usia tua, pernah mengalami masalah ketidaksuburan, keguguran atau sedang hamil bayi kembar. Faktor risiko persekitaran pula bermaksud tekanan keluarga semasa kehamilan, diberhentikan kerja, tekanan kewangan atau peralihan mendadak seperti berpindah ke tempat lain. Mempunyai bayi yang kerap kembung atau meragam juga boleh meningkatkan risiko meroyan pada si ibu.

Walaupun PMAD menjejaskan hampir 1 juta wanita setiap tahun, ramai wanita yang mengalaminya berasa keseorangan. Oleh itu, pastikan anda mendapat sokongan ahli keluarga dan pasangan serta bantuan pakar.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bipolar TIDAK SAMA Dengan Kemurungan! Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Beza Kedua-duanya

    Ada yang menganggap, penyakit bipolar itu sama sahaja dengan episod kemurungan. Namun, gangguan bipolar sebenarnya amat berbeza daripada yang disangka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Kanak-kanak Gemuk Lebih Mudah Alami Depresi? Ini 7 Tanda Kemurungan Pada Si Kecil Obes

    Obesiti mungkin menjadi antara faktor utama kemurungan kanak-kanak. Bagaimana cara untuk atasi masalah kesihatan mental kanak-kanak ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 29/07/2020 . 3 minit bacaan

    Selamatkan Kehidupan Seks Anda & Pasangan Meski Diserang Depresi, Ini 4 Caranya!

    Mesti ramai sudah tahu apa itu depresi namun kurang pasti sama ada ia akan jejaskan kehidupan seks. Jom klik artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 17/07/2020 . 3 minit bacaan

    Mak Buyung Selalu Kemurungan? BAHAYA Bukan Pada Ibu Saja Tapi Juga Bayi

    Ibu mengandung sememangnya akan mengalami perubahan secara fizikal atau emosi. Namun ia boleh menyebabkan kemurungan dan memberikan kesan kepada kandungan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bunuh diri

    Jika Ada Sesekali Terfikir Untuk Membunuh Diri, Apa Kata Cuba 5 Cara Ini Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    emosi ibu mengandung

    BAHAYA! Jangan Bagi Ibu Hamil Kemurungan, Jika Tidak Anak Boleh Lahir Tak Cukup Bulan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 01/09/2020 . 3 minit bacaan
    senaman kardio

    Bersenam Bukan Hanya Jadikan Badan Cergas, Tapi Juga Baik Untuk Otak, No 3 Paling UTAMA

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan
    cuti hujung minggu

    Jangan Guna Masa Cuti Hujung Minggu Untuk Bekerja, Kalau Tak Boleh Jadi MENTAL!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan