backup og meta

Ketumbit Mata Gara-gara Mengintai?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 13/07/2020

    Ketumbit Mata Gara-gara Mengintai?

    Ketumbit dalam bahasa perubatan dikenali sebagai hordeolum atau stye. Gangguan mata yang seringkali dikatakan disebabkan hobi mengintip orang ini sebenarnya adalah kelenjar mata yang membengkak akibat jangkitan bakteria Staphylococcus aureus. Kesannya, timbul benjolan pada kelopak mata. Walaupun tidak berbahaya, ketumbit boleh mengganggu aktiviti harian anda kerana rasa tidak selesa, selain menjejaskan penampilan anda.

    Jenis-jenis ketumbit

    Terdapat 3 kelenjar kelopak mata yang sering dijangkiti, iaitu kelenjar Zeis, Moll, dan Meibom.

    Berdasarkan kelenjar yang berjangkit, ketumbit mata boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu hordeolum interna dan hordeolum eksterna. Pada hordeolum interna, yang dijangkiti adalah kelenjar Meibom, sedangkan jangkitan pada kelenjar Zeis atau Moll akan menyebabkan hordeolum eksterna.

    Hordeolum eksterna akan muncul pada pangkal bulu mata karena lokasi kelenjar Zeis dan Moll berada pada pangkal bulu mata, sama ada pada kelopak mata atas atau bawah. Sedangkan hordeolum interna biasanya akan muncul pada kelopak mata atas. Selain itu, pada hordeolum eksterna biasanya benjolan akan mengarah ke sisi luar, sedangkan hordeolum interna benjolan mengarah ke sisi dalam sehingga kelopak mata perlu dibuka untuk dapat melihat benjolan dengan lebih jelas.

    Tanda dan gejala ketumbit

    Jangkiran pada kelenjar kelopak mata ini akan menyebabkan timbulnya benjolan kecil sama ada pada kelopak mata atas atau bawah. Benjolan ini biasanya akan terasa sakit, berwarna merah, dan terasa panas. Jika dibiarkan terlalu lama benjolan ini boleh mengeluarkan nanah.

    Kadangkala benjolan yang cukup besar dapat mengganggu penglihatan mata. Selain muncul benjolan, mata Anda akan terasa kering seperti berpasir, yang menyebabkan gatal.

    Biasanya mereka yang pernah mengalami masalah jangkitan lain pada mata atau yang mempunyai diabetes jenis 2 atau penyakit kulit seperti dermatitis lebih berisiko tinggi mengalami ketumbit.

    Meskipun hordeolum tidak berbahaya, namun jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan jangkitan yang meluas pada kelopak mata, disebut sebagai selulitis periorbital.

    Bagaimana cara merawat ketumbit?

    Ketumbit merupakan penyakit yang boleh sembuh sendiri dalam masa 1-2 minggu, namun proses penyembuhan boleh diercepat dengan beberapa cara sederhana di rumah.

    Ini termasuklah dengan mengenakkan kompres hangat pada mata anda sebanyak 4 kali sehari, dalam 10 minit setiap kali.

    Jika cara ini masih belum menunjukkan hasil, anda boleh menemui doktor untuk mendapatkan antibiotik yang dapat membantu mempercepatkan penyembuhan jangkitan. Jika benjolan cukup besar dan nanahnya cukup banyak, doktor mungkin menyarankan anda menjalani pembedahan kecil tanpa jahitan di mana benjolan akan dibuka dan isi nanah dikeluarkan melalui sebuah pembedahan kecil tanpa jahitan.

    Yang penting, jangan cuba untuk memicit atau memecahkan benjolan untuk mengeluarkan nanah. Tindakan ini bahkan boleh menyebabkan jangkitan semakin merebak sehingga seluruh kelopak mata.

    Chalazion, penyebab ketumbit bukan kerana bakteri

    Ketumbit mata juga tidak semestinya berlaku disebabkan jangkitan bakteri. Dalam keadaan tertentu, ketumbit mata boleh berlaku disebabkan oleh adanya penyumbatan pada kelenjar kelopak mata tanpa adanya jangkitan bakteri. Penyumbatan tersebut menyebabkan isi kelenjar terkumpul dan menggalakkan terjadinya keradangan pada kelopak mata yang akhirnya menyebabkan benjolan yang mirip dengan hordeolum. Benjolan yang tidak terasa sakit ini disebut sebagai chalazion.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 13/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan