Faktor Psikologi Sering Menyumbang Kepada Mati Pucuk

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa semua lelaki pernah mengalami mati pucuk atau disfungsi erektil dalam mana-mana fasa kehidupan mereka. Keadaan ini boleh berlaku dalam konteks, situasi, dan orang yang berbeza.

Dalam kebanyakan kes, faktor psikologi menyumbang kepada masalah tersebut. Malah, tidak kurang juga kes sepenuhnya disebabkan oleh faktor psikologi tanpa sebarang kecacatan pada organ reproduktif.

Bagi sesetengah lelaki, mati pucuk jarang berlaku tetapi bagi sebahagian yang lain, ia sangat kerap berlaku. Golongan kedua inilah yang harus mendapatkan nasihat dan terapi yang sepatutnya dari profesional.

Faktor psikologi dan mati pucuk

Banyak keadaan psikologi boleh membawa kepada kegagalan zakar mengalami ereksi. Antara punca paling kerap termasuk kemurungan, masalah rumah tangga, stres, dan sejarah lampau yang buruk mengenai seks.

Kes yang disebabkan oleh masalah organik (fizikal) sekalipun kebiasaannya turut mempunyai faktor psikologi, sama ada minor atau major. Berita baiknya ialah faktor ini boleh dirawat dengan berjaya jika menjalani terapi yang betul.

Malangnya, ia bukanlah isu yang mudah dilontarkan kepada orang lain. Bagi seorang lelaki, berkongsi tentang masalah ini seperti membuka pekung di dada dan mencabar sifat kelelakiannya. Ini membuatkan mereka tidak segera mendapatkan rawatan.

Selepas pengalaman pertama mengalami disfungsi erektil, keyakinan diri lelaki akan berkurang dan sifat gemuruh akan bertambah. Ia membawa kepada gangguan terhadap prestasi semasa hubungan seks seterusnya. Kitaran ini akan terus berulang dan bertambah buruk.

Jangan gopoh mengambil ‘ubat kuat’

Terlalu awal menggunakan ubat-ubatan boleh membuatkan badan anda bergantung kepadanya. Kesannya, anda akan sentiasa memerlukan ubat untuk mencapai ereksi.

Ambil masa untuk tenangkan fikiran dan hilangkan tekanan yang ada dalam minda. Jika masih gagal, sebaiknya dapatkan nasihat perubatan dari ahli profesional dan doktor. Anda boleh juga mencuba ubat tetapi hendaklah berbincang terlebih dahulu dengan doktor atau ahli farmasi.

Paling penting, elakkan membeli ‘ubat kuat’ di internet yang dijual tanpa mendapat kelulusan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tak Perlu Malu, Rawat Saja Masalah Mati Pucuk Di Rumah, Hanya 5 Minit Sehari!

    Mati pucuk (disfungsi erektil) merupakan satu keadaan kesihatan seksual yang lazim dialami oleh golongan lelaki. Ia boleh diatasi dengan senaman ringkas.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 20/07/2020 . 3 minit bacaan

    Guna Minyak Kelapa Untuk Rawat Mati Pucuk? JANGAN Buat Dulu, Baca Ini!

    Dianggarkan 3 juta rakyat Malaysia mengalami mati pucuk. Ada yang percaya guna minyak kelapa boleh rawat masalah ini. Benarkah? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 29/06/2020 . 3 minit bacaan

    Tahu Tak, Wanita Pun Boleh Alami ‘Mati Pucuk’ Ketika Bersetubuh! Macam Mana Tu?

    Tahukah anda, kaum hawa juga boleh mengalami keadaan 'mati pucuk' yang jejaskan klimaks wanita. Ia disebut gangguan orgasma. Macam mana wanita alaminya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 15/05/2020 . 3 minit bacaan

    Kaum Adam, Lakukan Senaman Ini Untuk Kurangkan Risiko Mati Pucuk!

    Sebenarnya, terdapat beberapa cara untuk kurangkan risiko mati pucuk. Antaranya adalah dengan melakukan senaman yang tersenarai dalam artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 23/03/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit klamidia

    Benarkah Jangkitan Klamidia Boleh Jadi Punca Kepada MATI PUCUK? Ini Jawapannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
    suami mati pucuk

    Masalah Mati Pucuk Boleh Diatasi! Mungkin 5 Minyak Pati Ini Boleh Membantu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
    rawatan mati pucuk

    Lelaki Nak Rawat Masalah Mati Pucuk? Buat Senaman Kegel Saja, Boleh Lakukan Bersama Isteri

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 05/08/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu viagra

    Lelaki Ambil Viagra Rawat Mati Pucuk? AWAS, Jangan Ambil Jika Anda Termasuk 10 Golongan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan