7 Perkara Menarik Yang Dilakukan Oleh Testosteron Ke Atas Diri Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Perkara pertama yang datang dalam fikiran anda apabila anda mendengar perkataan “testosteron” mungkin adalah agresif. Tetapi kajian baru dari University of Bonn menunjukkan bahawa hormon yang sering disalah faham ini boleh memupuk tingkah laku awam dan tindak balas jujur.

Pengkaji membuat kajian melibatkan 46 orang yang menerima gel testosteron dan 45 orang dengan gel plasebo. Pada hari berikutnya, kesemua 91 orang telah diminta untuk membaling dadu secara berasingan serta melaporkan nombor yang didapati, dan mendapatkan wang berdasarkan keputusan mereka. Selepas memberikan duit tersebut, para pengkaji mendapati bahawa lelaki yang menerima gel testosteron melaporkan nombor yang mereka perolehi dengan lebih yakin.

Berikut adalah sebabnya: Tahap testosteron boleh meningkatkan rasa bangga dan meningkatkan imej diri mereka.

Tetapi testosteron memberi kesan lebih daripada sekadar membuat anda jujur. Kajian telah mendapati bahawa bukan sahaja hormon mempengaruhi cara anda bertindak-tetapi cara anda bertindak juga boleh mempengaruhi tahap testosteron anda. Berikut adalah enam lagi perkara gila yang testosteron lakukan terhadap diri anda.

Memenangi Hati Wanita

Pengkaji dari Wayne State University membuat perbandingan antara dua kumpulan lelaki bersaingan dalam memenangi perhatian seorang wanita dan mendapati bahawa lelaki dengan testosteron yang lebih rendah langsung tidak mempunyai peluang. Lelaki dengan tahap testosteron yang tinggilebih yakin, mampu mengawal perbualan, dan leboh serasi dengan wanita.

Mengelakkan Kematian Awal

Apa yang boleh “T” lakukan untuk anda? Testosteron yang rendah telah dikaitkan dengan diabetes jenis 2 dan obesiti. Tambahan lagi, beberapa kajian telah menyatakan bahawa lelaki dengan tahap testosteron yang lebih rendah mempunyai peluang lebih besar untuk mengidap penyakit jantung.

Membantu Wanita Dalam Hubungan Seksual

Testosteron juga memberikan manfaat terhadap wanita. Menurut kajian dari University of Michigan pada tahun 2009, wanita dengan tahap testosteron yang lebih tinggi dilaporkan lebih yakin dalam menghadapi hubungan seksual. Pengkaji mendapati bahawa wanita yang mempunyai tahap hormon yang tinggi mendapati seks lebih aman, santai, dan selesa. Kajian lalu juga telah menunjukkan bahawa wanita yang mempunyai tahap testosteron mempunyai lebih banyak seks dan lebih cenderung untuk mencapai orgasme.

Menyamakan Dorongan Seksual Antara Pasangan

Adakah anda tahu bahawa badan mengalami tahap testosteron berbeza mengikut kitaran haid? Dalam satu kajian yang dalam jurnal Hormones dan Behavior, pengkaji mendapati bahawa testosteron anda mencapai kemuncaknya setiap 28 hari dan juga pada hujung minggu-waktu di mana lelaki melaporkan mempunyai hubungan seks paling kerap.

Menjadi Optimis

Testosteron ternyata memberikan keyakinan dan sifat optimis kepada seseorang menurut kajian dalam The Archives of Sexual Behavior. Jika anda kurang berkeyakinan, anda boleh cuba “naikkan” tahap hormon anda.

Menyebabkan Krisis Kewangan

Pengkaji membuat kajian melibatkan 98 orang untuk membandingkan tahap testosteron mereka dengan kesanggupan mereka untuk mengambil risiko kewangan dalam simulasi komputer. Hasilnya: Lelaki dengan testosteron tinggi dilihat melabur lebih banyak wang. Jadi adakah kita boleh menyalahkan testosteron dalam kemelesetan ekonomi yang berlaku?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Diagnosis Kanser Kolorektal

    Ada beberapa cara yang doktor boleh lakukan untuk merawat atau diagnosis kanser usus besar. Antaranya ialah dengan melalui ujian makmal ataupun kolonoskopi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 5 minit bacaan

    Punca Kanser Kolorektal, Ini Faktor Risiko Yang Cenderung Buat Anda Mendapat Kanser

    Tahukah anda, individu yang pernah mengalami masalah radang usus besar berpotensi untuk menghidap kanser kolorektal atau kanser kolon?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 5 minit bacaan

    Jangan Selalu Stres, Kalau Tak Nak Muka Berubah Jadi Macam Ini!

    Percaya atau tidak, muka stress boleh sebabkan beberapa kesan pada wajah anda. Kami senaraikan 5 kesan stres pada muka yang mungkin anda tidak tahu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 22/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kanser Kolorektal Ketiga Didiagnosis Di Dunia, Kenali Simptom Penyakit Ini Dari Awal

    Kanser kolorektal adalah kanser ketiga tertinggi didiagnosis dalam kalangan lelaki dan wanita di seluruh dunia. Seperti kebanyakan barah yang lain, mereka yang mengalami kanser kolorektal pada peringkat awal tidak ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cara mendapatkan anak kembar

    Percaya Atau Tidak, Ubat Kesuburan Ini Boleh Tingkatkan Peluang Untuk Dapat Anak Kembar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    tindik telinga

    Normal Jika Wanita Gemar Tindik Telinga, Tapi Sebelum Bertindik, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    cuci usus

    Pencegahan Kanser Kolorektal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 5 minit bacaan
    rawatan usus

    Rawatan Kanser Kolorektal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 6 minit bacaan