Tip Untuk Menjadi Individu Berdaya Tahan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Ketahanan ditakrifkan sebagai ‘keupayaan untuk pulih dengan segera dari kesukaran dan keupayaan untuk kembali ke bentuk asal’. Sesuatu yang hampir sama dalam kehidupan manusia. Individu berdaya tahan mampu berada dalam situasi yang penuh dengan tekanan dan keadaan yang mungkin mengubah kehidupan. Mereka tidak merasa terseksa dengan emosi negatif, melangkah ke depan meninggalkan perkara mahupun peristiwa trauma dan melupakan masa sukar yang penuh kesengsaraan.

Sifat ketahanan bukanlah sesuatu wujud secara lahiriah, sebaliknya, ia kemahiran yang boleh dipupuk. Berikut 10 tip yang dapat membantu anda menjadi lebih berdaya tahan.

  1. Kumpulan sokongan

Individu yang mempunyai sifat berdaya tahan ini merupakan mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga dan rakan. Mereka ini akan memberikan sokongan dan bantuan bagaimana menangani situasi yang sukar. Jadi langkah yang penting untuk menjadi lebih berdaya tahan adalah anda harus berada dalam kelompok individu yang sudi mendengar dan memberi sokongan tanpa menghakimi.

  1. Terima hakikat

Masihkah anda ingat isu terbesar yang anda hadapi tahun lalu? 3 tahun lalu? Atau mungkin 5 tahun lalu? Masihkah anda ingat? Kita berdepan dengan perkara yang memberi tekanan kepada kita setiap masa, tetapi ia akan berlalu begitu sahaja apabila munculnya masalah baru. Jadi sentiasa ingat bahawa tidak kira betapa serius dan sukarnya masalah yang anda hadapi, sama ada cepat atau lambat, anda pasti akan dapat melaluinya.

  1. Matlamat hidup

Bina matlamat hidup yang realistik dan mampu dicapai. Fokus kepada setiap matlamat, satu per satu, sehingga ia berjaya direalisasikan. Ini dapat membantu anda mencapai kepuasan dan meningkatkan keyakinan diri.

  1. Peluang

Jika anda berdepan dengan situasi yang memberikan anda tekanan, cuba fikirkan apa yang yang boleh anda capai dari situasi tersebut dan bagaimana anda boleh menjadikannya sebagai satu kelebihan dan peluang untuk menjadikan hidup anda lebih baik.

  1. Perubahan tidak dapat dielakkan

Ada masanya kita bimbang terhadap sesuatu situasi apabila ia memerlukan perubahan dalam hidup kita dan ‘apa yang tidak kita ketahui’ itu yang membuatkan kita merasa risau. Walau bagaimanapun, perubahan adalah sebahagian daripada kehidupan, dan ingatlah bahawa anda telah melalui pelbagai perubahan dalam kehidupan sebelum ini, dan ia memberikan kelebihan untuk anda melakukan lebih banyak lagi perubahan positif.

  1. Fokus pada kekuatan

Apabila ingin menyelesaikan masalah, ramai individu akan menyatakan ‘saya tidak boleh melakukannya’ dan menggunakan kegagalan masa lalu sebagai alasan untuk sukar melakukan sesuatu. Sebaliknya, apa kata anda tumpukan kepada kekuatan dan kelebihan anda (pastinya kita semua mempunyai kekuatan dan kelebihan) dan bagaimana kedua aspek ini dapat membantu anda.

  1. Sedari kekurangan

Sebagaimana anda mengetahui kekuatan anda, anda juga harus mengenal pasti kekurangan dan kelemahan anda. Mungkin terdapat situasi yang anda tidak mampu tanganinya sendirian, dapatkan bantuan dan sokongan individu sekeliling anda apabila anda memerlukan.

  1. Menerima seadanya

Usah bazirkan masa dan tenaga untuk mengubah keadaan sedia kekal. Sebaliknya, gunakan tenaga bagi menumpukan kepada mengubah diri dan sikap selaras dengan keadaan. Anda tidak boleh mengawal segalanya dalam hidup, tetapi anda boleh mengawal bagaimana anda bertindak balas.

  1. Belajar dari masa lalu

Bagaimana anda mampu untuk mengatasi dan melalui pelbagai halangan dalam kehidupan anda sehingga ke tahap ini? Apa yang anda pelajari dari kesukaran masa lalu? Gunakan pelajaran yang anda dapat pada masa lalu untuk menempuhi masa kini.

  1. Optimis

Individu yang berdaya tahan akan sentiasa memiliki pandangan positif. Jika anda berterusan merasa pesimis atau hanya melihat sesuatu dari sisi negatif, cuba untuk mengubah pemikiran untuk melihat sudut yang lebih positif. Sentiasa ingatkan diri anda untuk mengubah pemikiran menjadi lebih optimistik dan positif.

Sebagai kesimpulan, daya tahan bukanlah satu sifat eksklusif sesetengah individu. Ia boleh dipupuk di dalam diri kerana wujud faktor-faktor tertentu yang boleh mencetuskannya. Jadi, setiap individu boleh mengembangkan strategi unik untuk membangkitkan dan meningkatkan sifat daya tahan dalam diri.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Diabetes: Adakah Anda Bersedia Untuk Mengubah Tabiat Anda?

    Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri. Dianggarkan bahawa sekitar 350 juta individu di seluruh dunia telah didiagnosis menderita diabetes. Berjuta-juta orang lain mungkin tidak didiagnosis memandangkan setiap ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Pusat Kesihatan 19/03/2019 . 3 minit bacaan

    Tip Menjadi Positif dan Menginspirasikan Positif

    Berfikiran secara pesimis secara berterusan kebiasaannya mewujudkan satu habit yang tidak sihat dalam minda seseorang individu. Perubahan pada otak berlaku berdasarkan pemikiran, tingkah laku dan emosi, pemikiran ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Bagaimana Mengendalikan Perubahan Dalam Kehidupan

    Bukan semua orang suka akan perubahan dallam kehidupan. Proses adaptasi akan mengambil masa. Ini 5 tips untuk bantu anda biasakan diri dengan perubahan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 06/03/2019 . 2 minit bacaan

    Inspirasi Positif, Bagaimana untuk Mendapatkannya?

    Inspirasi positif memberi makna yang lebih mendalam berbanding hanya gembira atau berasa optimis. Baca artikel ini untuk lebih memahaminya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 22/11/2018 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    positif

    Mengapa “Berfikir Secara Positif” Tidak Selalunya Positif?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 17/01/2020 . 4 minit bacaan
    kekal positif dan bermotivasi

    Tip Kekal Positif Dan Bermotivasi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/04/2019 . 2 minit bacaan
    berfikiran positif

    Berfikiran Positif Bantu Anda Hidup 7.5 Tahun Lebih Lama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 29/03/2019 . 3 minit bacaan
    mood

    Bagaimana Untuk Memperbaiki Mood Anda dalam Tempoh 12 Minit

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 28/03/2019 . 2 minit bacaan