Selesema Burung

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Selesema burung adalah sejenis influenza atau flu yang berpunca daripada virus influenza jenis A (H5N1). Daripada namanya, ia menjejaskan burung seperti ayam, itik dan angsa termasuk telur. Walaupun berlaku dalam kalangan binatang, ia masih boleh berjangkit kepada manusia, tetapi jarang berlaku.

Malaysia telah mengalami beberapa kali wabak (outbreak) seperti laporan di dalam Asia Pacific Environmental and Occupational Health Journal iaitu pada tahun 2004, 2006, 2007 dan terbaru 2017. Namun sehingga kini, tiada kes dalam kalangan manusia dilaporkan di Malaysia.

Bagaimana manusia boleh mendapat virus ini

Virus boleh tersebar melalui sentuhan dengan unggas yang dijangkiti.

Gambar ihsan daripada Centers for Disease Control and Prevention (CDC)

Walau bagaimanapun, tidak semua unggas menunjukkan tanda atau simptom. Sebahagiannya sihat seperti biasa walaupun dijangkiti virus. Simptom-simptom berikut mungkin boleh ditemui pada ayam:

  • Bengkak pada jambul ayam.
  • Hidung berair.
  • Kurang bertelur.
  • Batuk dan bersin.
  • Kurang tenaga dan selera makan.
  • Jalan tidak stabil.
  • Mati secara tiba-tiba dan melibatkan banyak ayam.

Apakah simptom yang dialami oleh manusia?

Selesema burung adalah penyakit yang serius. Ia mempunyai kadar komplikasi dan kematian yang tinggi, meskipun bilangan kes dalam kalangan manusia adalah tidak banyak. Berbeza dengan virus influenza yang biasa menjangkiti manusia, H5N1 dan juga H7N9 adalah virus yang baru (novel) bagi badan manusia. Jadi, sistem ketahanan badan tidak dapat melawannya dengan baik.

Antara simptom yang mungkin berlaku:

  • Mata merah (konjunktivitis).
  • Simptom-simptom flu biasa (demam, batuk, sakit kepala, sakit otot dan sendi)
  • Mual dan muntah.
  • Sakit perut, cirit-birit atau najis berdarah.
  • Tanda-tanda jangkitan paru-paru (nafas pendek, susah bernafas, demam, batuk).
  • Hilang kewarasan atau sawan.

Apa yang perlu dilakukan?

Jika anda mengesyaki bahawa haiwan ternakan anda mungkin dijangkiti selesema burung atau berlaku kematian yang banyak secara tiba-tiba, cuba lakukan langkah-langkah berikut:

  • Elakkan daripada menghampiri ayam atau haiwan ternakan anda.
  • Gunakan topeng muka, sebaiknya jenis N95 untuk mengelakkan jangkitan.
  • Laporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.
  • Dapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik.

Jangkitan hanya dapat disahkan melalui ujian makmal khusus. Langkah pencegahan yang boleh dilakukan termasuk menjaga kebersihan diri dan reban burung dan peka terhadap kesihatan haiwan ternakan. Walaupun vaksin untuk influenza boleh didapatkan, ia tidak tersedia untuk selesema burung.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Belum Habis COVID-19, Kini Muncul Pula Hantavirus! Ini 8 Cara Elak Jangkitan

    Dalam kegawatan kita dilanda wabak COVID-19, seorang lelaki di wilayah Yunnan, China maut akibat jangkitan hantavirus, virus lazim bagi haiwan perosak.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Cegah Penularan COVID-19, Sarawak Buka Klinik Khas Rawat Penyakit Pernafasan

    Bagi mencegah jangkitan COVID-19 daripada terus menular, sebuah Klinik Penyakit Pernafasan (Respiratory Clinic) telah dibuka di Kuching, Sarawak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 25/03/2020 . 2 minit bacaan

    Wabak Berbahaya Virus Corona Ini SUDAH Masuk Malaysia, Jaga-Jaga!

    Wabak dari Wuhan sudah menyerang hampir seluruh penduduk dunia. Persoalannya, wujudkah virus corona di Malaysia? Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 29/01/2020 . 4 minit bacaan

    Patutkah Keluarga Anda Mengambil Vaksin Influenza?

    Artikel ini akan membicarakan berkenaan dengan keperluan anda sekeluarga untuk mengambil vaksin influenza. Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 21/01/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    apa itu flu

    Influenza Bukan Penyakit Biasa, Jom Ikrar Cegah Flu Menerusi Norma Baharu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
    flu adalah

    Anak Dr Say Jatuh Sakit Akibat Influenza, Seru Ibu Bapa Ambil Berat Keperluan Vaksinasi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
    bagaimana hingus terhasil

    Rahsia Di Sebalik 7 Warna Hingus, Kalau Hitam Kena Jumpa Doktor Segera!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
    kepentingan vaksin

    8 Soalan Lazim Kenapa Vaksin Influenza Perlu Diambil Ketika Wabak COVID-19 Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 24/04/2020 . 4 minit bacaan