Mengapa Budak Kampung Jarang Menghidap Penyakit Asma?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Penyakit asma dianggarkan dialami oleh lebih kurang 235 juta individu di seluruh dunia, dan lebih banyak berlaku di negara maju. Contohnya, dalam data yang dilaporkan Global Initivative for Asthma (GINA), peratusan kanak-kanak berusia 13-14 tahun di Amerika Syarikat yang menghidap asma adalah seramai 11.1% berbanding 4.5% di Malaysia dan hanya 2.6% di Indonesia.

Taburan penyakit asma berdasarkan kawasan, GINA 2004

Penyakit asma kebiasaannya bermula pada awal usia kanak-kanak. Dalam kalangan pesakit asma, 95% menghadapi episod pertama pernafasan berdehit (wheezing) sebelum usia 6 tahun. Walaupun punca asma tidak diketahui, terdapat beberapa faktor yang didapati mengurangkan risiko menghidap penyakit asma iaitu:

  • mempunyai adik-beradik yang lebih ramai
  • diletakkan di nurseri sewaktu masih kecil
  • kurang penggunaan antibiotik
  • mempunyai haiwan peliharaan daripada awal kelahiran hingga 3 bulan
  • pernah mengalami jangkitan tertentu
  • membesar di kawasan kampung/ladang

Menariknya, ini membawa kita kepada persoalan mengapa kanak-kanak yang membesar di kawasan kampung, yang mungkin kelihatan lebih comot, lasak bermain tanah dan haiwan kurang berisiko menghidap asma berbanding kanak-kanak di bandar yang lebih rapi penjagaan kebersihan oleh ibu bapa mereka. Antara hipotesis yang dikemukakan terhadap dapatan ini dalam penyakit asma adalah hygiene hypothesis.

Apakah itu Hygiene Hypothesis?

Hygiene Hypothesis yang bermaksud Hipotesis Kebersihan mencadangkan bahawa pendedahan kanak-kanak kepada kuman dan jangkitan tertentu membantu sistem imun berkembang. Ini mengajar tubuh untuk membezakan bahan-bahan yang tidak berbahaya daripada bahan-bahan berbahaya yang mencetuskan asma. Secara teori, pendedahan kepada kuman tertentu mengajar sistem imun untuk tidak bertindak balas secara berlebihan. Tindak balas imun yang berlebihan terkait dengan perkembangan penyakit asma, alahan dan autoimun.

Sebelum kelahiran, sistem imun janin tidak diaktifkan untuk mencegahnya daripada menolak tisu ibu, termasuklah antibodi yang dibekalkan ibunya. Tetapi dalam tempoh sejurus selepas kelahiran sistem imun bayi perlu mengambil alih dan belajar bagaimana untuk menjaga diri sendiri. Persekitaran yang sangat bersih dikatakan tidak memberikan pendedahan yang diperlukan kepada kuman yang ‘mendidik’ sistem imun tubuh.

Oleh itu, berdasarkan teori ini, peningkatan kebersihan dan saiz keluarga yang lebih kecil telah mengurangkan pendedahan kepada kuman berguna, meningkatkan risiko penyakit alahan dan asma.

Sains di sebalik Hygiene Hypothesis

Teori ini disokong dengan dapatan bahawa penyakit alahan dan asma lebih berkemungkinan berlaku apabila tahap endotoksin LPS di rumah rendah. LPS adalah molekul bakteria yang merangsang dan mendidik sistem imun dengan mencetuskan isyarat melalui “suis” molekular yang dipanggil TLR4, yang terdapat pada sel tertentu sistem imun.

Sementara dalam bayi yang tidak cukup terdedah kepada LPS ini dengan mencukupi, pendedahan kepada jangkitan virus dan alergen pencetus asma boleh menjadi perkara pertama yang mereka hadapi, lantas mencetuskan tindak balas berlebihan.

Contohnya, antara faktor risiko penyakit asma adalah RSV yang menyebabkan selesema. Virus ini kebiasaannya menjadi virus pertama yang dihadapi oleh bayi. RSV boleh mengaktifkan suis sistem imun (TLR4) sama seperti endotoksin LPS.  Tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Apabila kurang ‘didikan’, tindak balas oleh beberapa sel penting dalam sistem imun terhadap RSV mungkin tidak sengaja menyebabkan asma dan bukannya melindungi bayi dan menyingkirkan jangkitan. Bagaimana perkara ini berlaku adalah misteri yang masih dikaji.

Tetapi mencegah asma tidak semudah mengelakkan sabun antibakteria, beranak ramai  atau hidup di kampung. Penyakit asma adalah kesan urbanisasi yang tidak dapat dielakkan. Masih banyak penyelidikan diperlukan untuk memahami dengan tepat bagaimana pendedahan kuman kepada kanak-kanak dapat membantu mencegah asma. Ini juga tidak bermakna ibu bapa patut mengabaikan kebersihan anak mereka. Kita tidak dapat mengawal kuman apa yang akan dihadapi bayi terlebih dahulu. Oleh itu, kanak-kanak yang telah didiagnosis dengan penyakit asma perlu dijauhkan daripada sebarang alergen atau punca alahan.

Hello Health Group  tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bahaya Buat Penghidap Asma, CEGAH Jangkitan COVID-19 Dengan 22 Langkah Ini

    Masalah asma telah disenaraikan sebagai salah satu faktor risiko untuk mendapat jangkitan COVID-19. Bagaimana cara menghindarkannya? Baca 22 tip ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 15/04/2020 . 4 minit bacaan

    Datuk Dan Nenek Akan Lebih Positif Jika Bersama Cucu Mereka, Betul Ke Kajian Ni?

    Hubungan yang wujud antara datuk nenek bersama-sama cucu mereka sebenarnya memberikan kesan yang positif. Apakah kesan positif tersebut?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 19/12/2019 . 3 minit bacaan

    Asma Akibat Olahraga Yang Berat & Lama? Klik Artikel Ini Untuk Tahu Cara Atasinya!

    Asma akibat olahraga adalah keadaan yang dicetuskan oleh senaman yang terlalu berat dan lama. Jom klik untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 10/12/2019 . 2 minit bacaan

    Lendiran Kemaluan Lelaki Digunakan Sebagai Ubat Asma, Boleh Percaya Berkesan Ke?

    Amazon telah menyenaraikan 4 ubat homeopati berbeza, diperbuat daripada lendiran kemaluan lelaki untuk merawat asma. Nak tahu? Ikuti artikel ini. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Berita, Berita Antarabangsa 10/12/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit hidung

    Jaga-Jaga Penghidap Asma & Alahan, Cuaca Juga Boleh Buatkan Anda Diserang Alergi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
    beranak czer

    Pilih Bersalin Czer Sebab Tak Nak Sakit? Nanti Dulu, Ibu! Dengarnya Ada Risiko Anak Dapat Asma

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 12/08/2020 . 3 minit bacaan
    perkembangan bayi pramatang

    Mama, Jangan Samakan Bayi Pramatang Dengan Baby Cukup Bulan, Proses Tumbesarannya Berbeza!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/07/2020 . 3 minit bacaan
    simptom asma

    Keliru Dengan Simptom Asma Dan COVID-19, Remaja Ini Nyaris Maut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 23/04/2020 . 2 minit bacaan