Melihat Sesuatu yang Mengingatkan Anda Kepada Kopi Boleh Merangsang Otak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Apakah yang anda rancang untuk minum pada pagi ini sebelum memulakan tugas harian anda? Peminat kopi mungkin biasa dengan pilihan seperti latte, espresso, americano, macchiato, mochaccino atau mungkin juga cappuccino. Memikirkannya sahaja sudah cukup untuk membuka selera anda di pagi hari. Tetapi, adakah anda mengetahui bahawa dengan hanya melihat sesuatu yang membuatkan anda teringatkan kopi anda, boleh merangsang fungsi otak anda?

Ya, dengan hanya melihat sesuatu yang membuatkan kita teringatkan tentang kopi boleh menyebabkan otak kita menjadi lebih berjaga-jaga dan memberikan perhatian yang penuh. Berdasarkan kajian yang bertajuk ‘Coffee Cues Elevate Arousal and Reduce Level of Construal’ yang diterbitkan dalam jurnal Consciousness and Cognition itu mengkaji kebaikan kopi dari sudut psikologi; bagaimana dengan hanya melihat kepada sebarang peringatan boleh mempengaruhi cara kita berfikir. Kajian yang dilaksanakan oleh University of Toronto, Kanada ini bertujuan ingin melihat kesan yang disebut ‘priming’, di mana pendedahan kepada isyarat halus dapat mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku kita.

Salah seorang penyelidik, Sam Maglio, profesor madya di jabatan pengurusan di University of Toronto dan Rotman School of Management berkata, para penyelidik ingin melihat sekiranya terdapat sebarang perkaitan diantara kopi dan rangsangan sehingga jika kita hanya mendedahkan individu kepada isyarat atau petunjuk yang berkaitan dengan kopi, rangsangan fisiologi mereka akan meningkat. Rangsangan dalam psikologi merujuk kepada bagaimana kawasan tertentu otak dapat diaktifkan untuk berada dalam keadaan berjaga-jaga, terjaga dan penuh perhatian. Ia boleh dicetuskan oleh beberapa perkara, termasuk emosi kita, neurotransmitter di dalam otak, atau minuman berkafein yang kita minum.

Berdasarkan empat kajian berasingan dengan menggunakan campuran peserta daripada budaya barat dan timur, mereka membandingkan petunjuk yang berkaitan dengan kopi dan teh. Mereka mendapati bahawa peserta yang terdedah kepada petunjuk yang berkaitan dengan kopi menggunakan masa dengan lebih pendek dan berfikir dengan menggunakan istilah yang lebih konkrit dan tepat. Menurut Sam Maglio lagi, individu yang mengalami rangsangan fisiologi hasil daripada ‘priming’ dan bukannya dengan meminum kopi, melihat dunia dengan istilah yang lebih spesifik dan terperinci dan hasil kajian ini mempunyai banyak implikasi berkenaan bagaimana seseorang individu memproses maklumat dan membuat tanggapan serta keputusan.

Walau bagaimanapun, kesan kajian itu tidak begitu kuat dalam kalangan peserta yang membesar dalam budaya timur. Penyelidik membuat andaian bahawa hubungan antara kopi dan rangsangan tidak begitu kuat dalam budaya yang kurang meminum kopi berbanding teh. Penyelidik turut menyatakan kajian ini akan menjadi asas kepada kajian lain yang lebih besar seperti perkaitan yang dimiliki oleh individu terhadap jenis makanan dan minuman yang lain yang mungkin mempunyai kesan berbeza keatas rangsangan individu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Manfaat Minum Kopi Hitam, Boleh Membantu Wanita Hidup Lebih Lama!

    Anda penggemar kopi hitam? Bagus, ini kerana terdapat beberapa manfaat kopi pahit untuk wanita yang utama. Jom klik artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 16/07/2020 . 3 minit bacaan

    Anda Penggemar Kopi Dalgona? Kena Baca Ini! Ada Bahaya Jika Kafein Lebih Dalam Badan

    Anda pasti sedar ada banyak bahaya kafein terhadap kesihatan. Tapi ini 5 sebab utama mengapa anda perlu kurangkan minum kopi, teh dan lain-lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 11/06/2020 . 3 minit bacaan

    Berniat Nak Bunuh Diri Tanda Ada Masalah Otak? Ini Fakta Yang Anda MESTI Tahu!

    Adakah niat atau perasaan ingin bunuh diri itu dianggap sebagai satu penyakit otak? Atau sekadar kesan gangguan mental? Ini penjelasan yang anda mesti tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 05/06/2020 . 3 minit bacaan

    Ini Sebab Klimaks Penting Semasa Hubungan Intim, Ada Kaitan Dengan Otak

    Klimaks seks merupakan salah satu daripada cara untuk meningkatkan perkembangan otak manusia. Hormon yang dirembeskan mampu memberikan kesan positif ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 08/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    minum kopi

    Warga Emas Yang Gemar Minum Kopi, Ini Berita Baik! Kopi Boleh Kurangkan Risiko Nyanyuk & Parkinson

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
    kafein itu apa

    Penggemar Kopi Mahu Berhenti Ambil Kafein? Ini 6 Perkara Yang Akan Terjadi Pada Tubuh Badan Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    masalah asid refluks

    Penghidap Asid Refluks Boleh Minum Kopi Ke? Kalau Ada Tanda Seperti Ini, Kena BERHENTI!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/09/2020 . 3 minit bacaan
    jenis minuman kopi

    Bukan Setakat Makanan, Minuman Pun Kena Jaga Bila Sakit Tekak! Terutamanya Yang Ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 14/08/2020 . 3 minit bacaan