Hari Keluarga Antarabangsa: Ini 7 Sebab Mengapa Perlu Luang Masa Dengan Famili, No 4 Paling Penting

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Masa bersama keluarga, walaupun kurang diberi perhatian, boleh mempengaruhi tahap kesihatan pasangan dan anak-anak secara menyeluruh.

Kemajuan teknologi maklumat yang memberi kesan kepada perubahan corak kehidupan manusia turut mengubah dinamik hubungan dalam sesebuah keluarga.

Menurut 1 kaji selidik yang dijalankan dalam kalangan pekerja di Kanada, kejayaan dalam sesuatu pekerjaan itu dinilai pada aspek keseimbangan di antara kerja dan waktu peribadi.

Faktor tersebut dianggap lebih penting berbanding dengan gaji, cabaran di tempat kerja atau tanggungjawab yang dipikul secara profesional.

Dapatan kajian tersebut menekankan kepentingan meluangkan masa bersama dengan keluarga di samping sibuk menguruskan kerja harian.

Sempena Hari Keluarga Antarabangsa yang disambut setiap 15 Mei ini, kami kongsikan kepada anda 7 manfaat meluangkan masa bersama famili, lagi-lagi di musim PKP ini.

Baca artikel ini untuk mengetahui selanjutnya.

#1 Memperkukuhkan hubungan antara ahli keluarga

Apa yang anda perlu sedar adalah kuantiti tidak akan menjamin keutuhan ikatan silaturrahim antara ahli keluarga.

Fokus utama perlu diberikan kepada kualiti masa bersama mereka. 

Apabila bercakap mengenai kualiti, aktiviti bersama keluarga dapat menerapkan nilai moral kepada anak-anak yang sedang membesar.

Dalam aspek tersebut, cara berkomunikasi adalah kunci kepada ikatan kuat dalam institusi kekeluargaan.

Aktiviti seperti bermain board games, berkebun, bersiar-siar di luar dan memasak bersama-sama boleh merapatkan jurang komunikasi.

Apabila hubungan tersebut teguh, ia tidak akan putus dek badai yang melanda kelak.

#2 Belajar kemahiran keibubapaan dengan lebih efektif

masa bersama keluarga

Apabila anda meluangkan masa bersama keluarga, ia bukan sahaja baik untuk anak, malah untuk anda dan pasangan.

Kemahiran mendidik anak-anak tidak datang dengan sendirinya. Ia perlu kerap dilatih setiap hari bagi memastikan anda ‘biasa’ dengan norma kehidupan sebagai ibu dan bapa.

Anda mungkin berminat:

Kelak, anak anda akan mencontohi gaya didikan yang sama. Mereka akan menggunakan konsep yang sama untuk mendidik anak mereka.

Dalam institusi kekeluargaan, anak-anak, ibu dan bapa, kesemuanya dalam proses pembelajaran. 

Perkara ini akan menjadi lebih mudah sekiranya anda banyak menghabiskan masa bersama dengan keluarga anda.

#3 Masalah tingkah laku anak akan berkurangan jika banyak luangkan masa bersama keluarga

Jika anda sedar, kebanyakan masalah disiplin atau tingkah laku anak kebiasaannya dikaitkan dengan hubungan patologikal di antara ahli keluarga.

Perkara tersebut berlaku berikutan halangan komunikasi menyebabkan mereka lebih cenderung untuk menyimpan masalah daripada meluahkannya.

Remaja yang banyak berkomunikasi dengan ibu bapa mereka sering dikaitkan dengan masalah tingkah laku yang rendah.

Ini merupakan salah satu kesan positif meluangkan masa bersama keluarga.

Anak anda boleh mempelajari, secara langsung atau tidak langsung, bagaimana cara untuk mengadu masalah.

Ibu bapa pula boleh belajar bagaimana untuk menasihati anak tanpa menghakimi perbuatan mereka.

#4 Kurangkan kecenderungan anak untuk guna bahan terlarang (dadah dan sebagainya) 

masa bersama keluarga

Pelbagai jenis kajian menunjukkan remaja yang meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga mempunyai kebarangkalian rendah untuk terlibat dengan penggunaan bahan terlarang.

Kebanyakan mereka yang menggunakan ‘kaedah alternatif’ tersebut cuba mencari jalan kepada rasa kecewa terhadap sesuatu perkara.

Dengan kata lain, itu merupakan shortcut kepada mereka untuk melupakan masalah walaupun dalam jangka masa yang pendek.

Apabila anda banyak meluangkan masa bersama anak, mereka akan sedar ada sistem sokongan yang jauh lebih efektif daripada dadah dan sebagainya.

Tambahan pula, remaja yang mempunyai hubungan baik dengan ibu bapa lebih berhati-hati untuk tidak mengecewakan mereka.

#5 Individu yang luangkan masa bersama keluarga lebih ceria

Apabila anda mempunyai tempat untuk mengadu, bergelak ketawa dan beraktiviti, anda akan berasa gembira.

Salah satu daripada kebaikan meluangkan masa bersama keluarga adalah anda akan berasa lebih disayangi dan diperlukan.

Kedua-dua aspek ini penting bagi mencapai kebahagiaan dalam hidup.

Setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan penting bagi memastikan suasana dalam sesuatu keluarga itu kekal ceria.

#6 Kemahiran menyelesaikan konflik keluarga meningkat

masa bersama keluarga

Pendidikan bermula dari rumah. Konflik kekeluargaan sememangnya tidak boleh dielakkan.

Walau bagaimanapun, kemahiran untuk menyelesaikannya boleh dipelajari.

Penting untuk anda tahu bagaimana cara untuk meluahkan emosi, membincangkan konflik dan mencapai penyelesaian yang betul.

Setiap konflik yang berlaku boleh membentuk karakter dan membina keperibadian seseorang individu itu.

Jika anda bermasam muka dengan salah seorang ahli keluarga, suka atau tidak, anda perlu menyelesaikannya.

Kemahiran untuk menyelesaikan konflik merupakan kesan positif jika anda banyak luangkan masa bersama keluarga.

#7 Mereka yang banyak luangkan masa bersama keluarga mudah untuk berjaya dalam hidup

Kejayaan tidak datang tanpa usaha. Faktor seperti kekeluargaan boleh mendorong seseorang itu berusaha untuk berjaya dalam hidup.

Potensi individu untuk berjaya boleh dipengaruhi oleh banyak faktor persekitaran.

Apabila anda dikelilingi dengan suasana kekeluargaan yang positif, setiap ahli mempunyai potensi dan cenderung untuk menyokong ahli keluarga yang lain untuk berjaya.

Ada satu kaji selidik dibuat pada tahun 2014 melibatkan 2,011 subjek yang berusia 18 tahun ke atas.

Ia menunjukkan 66% subjek menyenaraikan hubungan antara rakan dan keluarga sebagai faktor penting untuk mencapai kejayaan.

Konklusi

Kita perlu menyeimbangi aspek pekerjaan dan kekeluargaan bagi mencapai kebahagiaan hidup.

Luangkan masa bersama keluarga anda. Ia baik untuk anda, pasangan dan anak-anak yang sedang membesar.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bayi Menyusu Juga Berisiko Alami Dehidrasi? Parents, Kenal Pasti 17 Tanda Ini & Cara Atasinya

Benarkah bayi juga boleh mengalami masalah kekurangan air? Jika benar, apakah tanda dehidrasi pada anak yang boleh dikenal pasti serta cara mengatasinya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 16/12/2020 . 3 minit bacaan

Gigi Anak Hitam & Rongak? Mak Ayah Usah Biarkan, Ini Bukan Hal Biasa Walaupun Gigi Susu

Perasankah anda bahawa kanak-kanak selalu mempunyai gigi rongak bukan? Jom klik artikel ini untuk tahu punca, tanda dan rawatannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 03/12/2020 . 3 minit bacaan

Nafas Anak Berbau Busuk? Ibu Ayah Jangan Biarkan, 7 Sebab Ini Mungkin Puncanya

Sedang anda berborak bersama si kecil, anda perasan bahawa mulut anak berbau. Apakah punca nafas berbau busuk? 7 perkara ini mungkin jadi puncanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 26/11/2020 . 3 minit bacaan

Periksa Tulisan Anak Anda! Kalau Kurang Cantik, Ia Mungkin Tanda Awal Si Kecil Alami ADHD

Ada kajian yang menyebut, kanak-kanak yang mempunyai ADHD mempunyai tulisan tangan yang buruk. Apakah yang sebenarnya menyebabkan tulisan buruk ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 08/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sperma lelaki

7 Fakta & Mitos Pembunuh Sperma Lelaki Yang Anda WAJIB Tahu, Jangan Percaya Benda Karut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
perkembangan kanak-kanak

Ibu Ayah, Ini Cara Menilai Perkembangan & Tumbesaran Anak 1-3 Tahun

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 30/12/2020 . 3 minit bacaan
nutrien makanan kanak-kanak

Nutrien Penting Untuk Anak 1-3 Tahun, Ini Apa Yang Si Manja Perlukan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 24/12/2020 . 3 minit bacaan
masalah gigi kanak kanak

Ada 6 Masalah Gigi Kanak-kanak Yang Ibu Bapa Perlu Waspada! Awas Dengan #4 Ya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/12/2020 . 3 minit bacaan