backup og meta

Doktor...Tanggalkan Kot Putih Tu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 14/06/2020

    Doktor...Tanggalkan Kot Putih Tu

    Jika anda pernah dimasukkan ke dalam wad hospital kerajaan, anda akan perasan terdapat banyak doktor pelatih yang memakai kot putih. Segak, menawan dan tampak meyakinkan. Namun, putih tidak semestinya bersih dan hitam tidak semestinya kotor. Disebalik keputihan itu terdapat kekeruhan yang boleh menjadi mimpi ngeri buat para pesakit. Ingin tahu berkaitan dengan kekeruhan tersebut? Ikuti artikel ini.

    Wajib ke untuk doktor memakai kot putih?

    Menurut kaji selidik yang telah dijalankan pada tahun 1991, 72% daripada jumlah subjek yang terdiri daripada doktor dan pelajar perubatan memakai kot putih sepanjang mereka berada di hospital. Secara teknikalnya, ini bermakna, mereka memakai pakaian ini bukan sahaja di dalam wad, malah ketika bergegas ke tandas, ketika makan di kafeteria hospital dan sebagainya.

    Terdapat 3 sebab utama mengapa doktor atau pelajar perubatan memakai kot putih:

    1. Untuk membezakan di antara doktor dan pesakit
    2. Untuk membolehkan doktor meletakkan peralatan perubatan seperti stetoskop ke dalam poket yang tersedia khas
    3. Untuk memastikan pakaian mereka bersih

    Namun, sama ada wajib atau tidak untuk seseorang doktor itu memakainya bergantung kepada polisi jabatan masing-masing.

    Jabatan pediatrik (kanak-kanak), sebagai contoh, tidak mewajibkan para doktor untuk memakai kot putih kerana kanak-kanak kebiasaannya akan menjerit dan menangis apabila melihat individu yang memakai pakaian tersebut. Jabatan psikiatri juga tidak menggalakkan doktor mereka untuk memakai kot putih kerana sukar untuk menjalinkan hubungan profesional ketika proses mengambil sejarah pesakit.

    Pada situasi tertentu, pakaian tersebut boleh menjadi pelindung buat para doktor dan keluarga mereka. Sebagai contoh, seorang doktor melihat lebih daripada 10 pesakit sehari dan setiap seorang daripadanya mempunyai penyakit yang berlainan. Ada yang memegang bahu doktor, ada yang terbatuk ketika diperiksa oleh doktor. Apabila tamat waktu kerja, doktor tersebut akan pulang ke rumah, memeluk anak dan isteri. Nampak tak bagaimana pakaian tersebut dapat melindungi doktor dan keluarganya?

    Risiko penyebaran penyakit nosokomial

    Penyakit nosokomial adalah merupakan jangkitan kuman yang berlaku selepas 48 jam pesakit dimasukkan ke dalam hospital. Menurut satu kajian yang telah dijalankan pada tahun 2017, doktor yang memakai kot putih berlengan panjang mempunyai 25% risiko untuk menyebarkan penyakit kepada pesakit yang lain.

    Perkara ini boleh berlaku disebabkan oleh:

    1. Doktor kebiasaannya berada pada posisi yang sangat rapat dengan pesakit ketika pemeriksaan fizikal
    2. Kain yang digunakan untuk membuat pakaian tersebut menjadi rumah kepada ribuan mikroorganisma tanpa disedari

    Adakah ini bermakna doktor tidak boleh memakai pakaian tersebut Pada tahun 2012, satu kajian yang dibuat oleh Asima telah meletakkan beberapa rekomendasi buat mereka yang ingin memakai pakaian tersebut sewaktu bekerja:

    1. Perlu ada dua atau lebih kot putih dan ia wajib ditukar setiap tahun
    2. Kot putih perlu dibasuh sekurang-kurangnya seminggu sekali
    3. Wujudkan larangan memakai kot putih dikawasan bukan klinikal seperti restoran dan tandas
    4. Gunakan apron sewaktu membuat prosedur

    Bukan senang nak jadi doktor. Semua perkara dan risiko yang boleh memburukkan keadaan pesakit perlu diambil kira. Kot putih, sebagai contoh, perlu dijaga dengan rapi. Ia nampak mudah namun kesannya boleh mempengaruhi tahap kesihatan pesakit. Oleh itu, buat para doktor, jaga kot putih anda dengan sebaiknya.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Mengapa Doktor Sering Membawa Stetoskop ke Mana-Mana?

  • Perspektif: Muliakanlah kerjaya seorang doktor

  • Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 14/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan