Benarkah Kita Hanya Menggunakan 10% Keupayaan Otak Kita?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Mitos bahawa kita hanya menggunakan 10% daripada keupayaan otak kita ini sering dilontarkan oleh penceramah motivasi, guru-guru MLM, tabloid dan juga karya-karya Holywood seperti filem yang ditayangkan pada tahun 2014, Lucy. Menurut mitos ini, sekiranya kita mampu menggunakan bahagian 90% yang lain, kita akan mempunyai akses kepada kebolehan dalaman luar biasa seperti membuat kiraan kompleks dengan menconggak sahaja ataupun membaca minda orang lain. Filem Lucy sedikit terleka dalam meneroka kebolehan yang tersimpan dalam bahagian 90% ini dengan menterjemahkan protagonis mereka sebagai seseorang yang memiliki keupayaan persis dewa.

Seperti mitos-mitos yang lain, asal-usul mitos ini tidak berapa jelas. Sesetengah pendapat popular menuding kepada seorang ahli falsafah dan psikologis Amerika Syarikat, William James, yang mana sekitar tahun 1890, beliau menyatakan bahawa kita hanya menggunakan sebahagian sahaja daripada keupayaan mental kita, tanpa memberi sebarang angka atau peratusan pada dakwaan tersebut.

William James

Tiada angka yang diberikan kepada ‘bahagian’ yang dimaksudkan sehinggalah pada tahun 1929 apabila iklan dalam almanak dunia menyebut, “Saintis dan Psikologis mendakwa kita hanya menggunakan 10 peratus daripada keupayaan otak kita” (Beyerstein, 1999, p. 11). Sumber berlainan akan memberi dakwaan sumber yang berbeza namun apa yang pasti, dakwaan ini tiada asasnya dalam sains.

Berikut adalah 3 sebab kenapa mitos ini kekal sebagai mitos:

Kita telahpun menggunakan semua bahagian otak kita – Bagaimana kita tahu tentang hakikat ini? Melalui teknik pengimejan otak seperti imbasan PET atau MRI dan melalui imbasan-imbasan ini, kita mengenalpasti bahawa kita gunakan hampir semua bahagian otak dan bahagian-bahagian ini diaktifkan walaupun kita melakukan aktiviti-aktiviti mudah seperti bercakap, berjalan mahupun tidur. Walaupun kita tidak gunakan semua bahagian serentak, dalam mana-mana hari, di penghujungnya, kita telah menggunakan kesemua bahagian otak kita. Menurut Dr Eric Chudler, Pengarah Eksekutif di Pusat Neuroteknologi di Universiti Washington, kita memang menggunakan semua bahagian otak kita namun betapa effisyen kita menggunakannya adalah hal yang lain.

Kiraan yang tidak masuk akal – Sekiranya kita mengambil mitos ini sebagai fakta, beberapa masalah akan timbul. ‘Fakta baru’ ini bermaksud kita tidak memerlukan lagi 90% bahagian otak kita kerana selama ini kita hanya berfungsi menggunakan kapasiti 10% sahaja. logik ini bermaksud kita boleh membuang lagi 90% otak kita dan kita akan kekal berfungsi seperti biasa, betul? Salah sekali. Ini kerana kecederaan otak sama ada disebabkan oleh kemalangan atau penyakit; sama ada pada bahagian kecil tertumpu seperti Hippocampus atau tunjang otak ataupun bahagian besar keseluruhan hemisfera kiri, akan mengakibatkan kecederaan dan kesan yang teruk pada keupayaan kognitif dan juga pada aspek fizikal. Bayangkan sekiranya kita membuang 90% otak kita? Lebih parah keadaannya.

Kita perlu membekalkan tenaga kepada otak yang banyak – Walaupun otak hanya mewakili 3 hingga 4% daripada berat keseluruhan badan kita, ianya menelan sekurang-kurangnya 20% daripada tenaga harian kita – beratus-ratus kalori untuk mengekalkan keaktifan otak dalam memastikan ianya mampu untuk terus mengawal fungsi badan luar kawalan. Dari sudut evolusi dan perspektif tenaga, ianya tidak masuk akal untuk kita habiskan tenaga sebanyak itu untuk organ yang hanya berfungsi pada kadar 10% sahaja.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    5 Saat Saja, Hembus Dan Masuk Mulut: Benarkah Makanan Jatuh Boleh Dimakan?

    Jika anda pernah terdengar akan peraturan 5 saat bagi makanan jatuh, adakah anda tahu sama ada ia merupakan fakta ataupun mitos?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 02/03/2020 . 4 minit bacaan

    5 Mitos MEREPEK Tentang COVID-19 Yang Masih Dipercayai Ramai, Tolong Berhenti!

    Terdapat pelbagai jenis mitos virus korona, COVID yang telah tular dalam kalangan masyarakat tempatan. Pastikan anda mengetahui kebenaran dan faktanya, ya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 14/02/2020 . 3 minit bacaan

    Betul Ke Limau Nipis Ubat Kencing Manis Atau Ia Hanya Mitos Semata-Mata?

    “Limau nipis ubat kencing manis?” Betulkah terdapat khasiat limau kasturi untuk kencing manis? Jom kita bongkarkan kebenarannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 16/12/2019 . 3 minit bacaan

    Jangan Percaya Mitos Perubatan Ini!

    Terdapat pelbagai jenis mitos yang sering menjadi pegangan kepada kepercayaan individu. Ikuti artikel ini untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 17/11/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    manfaat makan durian

    Musim Raja Buah Kembali! Ada 7 Mitos Tentang Makan Durian, No 5 Paling Banyak Orang Cakap

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 18/06/2020 . 3 minit bacaan
    health tag

    KARUT! Health Tag Tak Boleh Lindungi Dari COVID-19, Jangan Bazirkan Duit

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 02/04/2020 . 4 minit bacaan
    air

    Minum Air Suam Boleh Bunuh Virus COVID-19? Ini Jawapan Pakar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/03/2020 . 3 minit bacaan
    pesakit sawan, gigit sudu

    Elak Tertelan Lidah, Beri Pesakit Sawan Gigit Sudu? Berkesankah Cara Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 10/03/2020 . 3 minit bacaan