backup og meta

Bagaimana Mengatasi Keinginan Untuk Membunuh Diri?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/06/2020

    Bagaimana Mengatasi Keinginan Untuk Membunuh Diri?

    Pernahkah anda merasakan kesakitan yang teramat sangat sehingga anda terlintas untuk mencederakan diri atau mengambil nyawa anda sendiri? Anda tidak keseorangan. Ramai individu pernah memiliki keinginan untuk membunuh diri dalam pada satu tahap kehidupan.

    Keinginan itu tidak bermakna anda lemah atau gila. Itu bererti anda berdepan dengan satu kesakitan yang perlu anda berikan perhatian. Perkara penting yang perlu anda lakukan ialah mengenal pasti simptom dan mencari cara untuk mengatasi keinginan tersebut.

    Apakah keinginan membunuh diri?

    Keinginan membunuh diri berlaku apabila anda merasakan cara untuk melepaskan kesakitan diri adalah dengan menyakiti diri dan mengambil nyawa sendiri. Anda mungkin merasa terperangkap dan tidak mempunyai harapan dan anda perlu melarikan diri.

    Hidup anda mungkin begitu menyakitkan, emosi yang bercampur, atau terlalu sedih untuk meneruskan kehidupan. Anda mungkin merasakan rakan dan keluarga adalah lebih baik tanpa kehadiran dan kewujudan anda serta merasakan anda tidak mempunyai pilihan lain.

    Perasaan ini biasanya dikaitkan dengan gangguan mental lain seperti gangguan bipolar, kegelisahan dan kemurungan. Jika anda mempunyai masalah gangguan mental, mengesyaki sebarang gangguan mental, berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Pastikan anda menerima rawatan sebelum melakukan sebarang tindakan membunuh diri. Fahami bahawa keinginan itu adalah sebahagian daripada kesan sampingan dari keadaan kesihatan anda.

    Bagaimana untuk mengatasi keinginan tersebut?

    Jangan pendam sendirian

    Ramai individu mendapati langkah pertama untuk mengatasi keinginan dan perasaan ini adalah dengan berkongsi bersama seseorang yang anda percayai. Sama ada kawan, ahli terapi, guru, doktor, jurulatih atau kaunselor berpengalaman. Anda harus memberitahu apa yang anda rasa.

    Jangan takut kepada rasa simpati hanya kerana anda takut, malu atau segan. Luahkan apa yang anda rasa dalam kehidupan dapat membantu mengurangkan tekanan dan mencari jalan untuk mengatasinya.

    Anda boleh menulis dan menyerahkan nota tersebut kepada individu yang anda percayai, atau berkongsi melalui e-mel atau teks jika anda merasa sukar untuk bercakap secara peribadi.

    Rancangan keselamatan

    Adalah satu idea yang baik untuk menyenaraikan langkah keselamatan yang boleh anda ikuti, perkara positif dalam mengenai diri dan kehidupan serta perkara yang dapat mencegah anda dari keinginan atau pemikiran yang tidak baik.

    Pastikan anda memiliki nombor yang boleh dihubungi dalam senarai anda seperti nombor telefon doktor atau terapi, keluarga dan rakan yang dalam membantu ketika kecemasan.

    Simpan senarai tersebut dan dapatnya apabila anda diserang keinginan untuk membunuh diri. Pelan keselamatan anda mungkin melibatkan cara untuk melengahkan keinginan membunuh diri,  atau untuk meluahkan kepada seseorang tentang keinginan dan perasaan anda. Kemudian, anda perlu berbincang tentang pelan keselamatan anda dengan pakar kesihatan profesional dan kekal dengan apa yang anda rancang.

    Hindari perkara yang mencetus keinginan

    Bersendirian, minum alkohol dan memilih dadah adalah antara pencetus kepada keinginan ini. Sebaliknya, anda boleh memilih untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan. Ia adalah satu langkah untuk menjauhkan diri daripada alkohol, dadah, dan perkara yang anda fikir untuk mencederakan diri anda.

    Keinginan ini boleh bertambah kuat apabila anda mengambil dadah dan alkohol. Apabila anda merasa tidak memiliki harapan atau terasa ingin membunuh diri, jangan menggunakan dadah atau alkohol kerana ia hanya memburukkan keadaan.

    Apa yang akan terjadi?

    Jika anda memilih membunuh diri sebagai cara untuk menunjukkan kesakitan yang anda rasai, ia hanyalah sebahagian daripada sebuah cerita. Fikirkan tentang mereka yang anda sayangi, bagaimana keadaan mereka selepas kematian anda. Adakah individu yang menyakiti anda akan merasa bersalah selepas kematian anda? Jika anda ingin menyelesaikan masalah, cara terbaik adalah dengan berbincang.

    Ramai individu memilih atau terfikir untuk membunuh diri, dan anda bukan keseorangan. Perkara yang penting adalah untuk memahami diri sendiri,dan menilai situasi sebenar. Dengan masa dan sokongan yang anda perolehi, anda pasti dapat mengatasi masalah anda dan kesakitan serta keinginan membunuh diri pasti akan berlalu.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan