15 Fakta Menarik Mengenai ZAKAR Yang Mungkin Tidak Anda Ketahui. No. 9 Paling Mengujakan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 16/10/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Bukan semua kaum Adam terbuka untuk berbicara mengenai bahagian kemaluan, kan? Tetapi apabila bercakap mengenai sains, terdapat beberapa fakta menarik tentang zakar lelaki yang mungkin tidak anda ketahui.

15 perkara menarik mengenai zakar lelaki

Adakah anda rasa segala fakta tentang bahagian kemaluan lelaki berada dalam genggaman? Fikir sekali lagi.

Berikut disenaraikan beberapa fakta menarik mengenainya yang mungkin boleh menyebabkan kejutan pada anda.

#1. Zakar  ‘membesar’ & ‘menunjuk-nunjuk’

Terdapat 2  jenis zakar:

  • Pertama, jenis zakar yang mengembang dan memanjang apabila berlaku ereksi (membesar)
  • Kedua, sentiasa kelihatan besar, tetapi tidak bertambah membesar setelah mencapai ereksi (menunjuk-nunjuk). 

Zakar membesar lebih kerap ditemui sebanyak 80% – kumpulan zakar kecil apabila lembik tetapi membesar apabila terangsang. Selebihnya , sebanyak 12% mempunyai zakar besar apabila lembik tetapi tidak berkembang lebih besar apabila terangsang. Sekitar 7% zakar adalah pembesar super yang memanjang 2x ganda atau lebih.

#2. Manfaatkan atau biarkannya layu

Tanpa ereksi kerap, tisu zakar boleh menjadi kurang elastik dan mengecut, menjadikan penis 1-2 cm lebih pendek. Tetapi berhati-hati, menggunakannya terlalu kerap boleh membahayakan juga.

Penyebab utama zakar pecah: melancap dengan terlalu kuat.

bahagian kemaluan

#3. Kira-kira 54% daripada semua lelaki disunat

Dalam kalangan masyarakat bukan Islam, berkhatan merupakan pilihan peribadi ibu bapa. Zakar yang disunat cenderung mempunyai tahap bakteria yang lebih rendah, kerana ia lebih mudah untuk dijaga.

Sesetengah penyelidik juga mencadangkan bahawa lelaki yang disunat adalah 60% kurang berkemungkinan mendapat virus HIV melalui hubungan heteroseksual berbanding lelaki yang tidak disunat. Berkhatan sememangnya mempunyai manfaat kesihatan yang terbukti.

#4. Ereksi menyebabkan anda tidak dapat membuat pertimbangan dengan baik

Pada 2005, saintis di Massachusetts Institute of Technology (MIT) dan Carnegie Mellon University menjalankan kaji selidik terhadap 35 orang lelaki sewaktu mereka dalam keadaan biasa dan ketika sedang melancap pada tahap yang digelar penyelidik sebagai “tahap teransang tinggi tetapi sub-klimaks”.

Apabila para lelaki tersebut sedang terangsang, mereka memberi nilai kepada semua soalan yang ditanyakan saintis tersebut sebagai sangat menarik dari segi seksual, termasuklah kasut wanita.

#5. Kulup zakar boleh tumbuh kembali

Adakah anda disunat sewaktu bayi? Atau sewaktu sudah lebih besar? Tahukah anda kulup zakar boleh tumbuh kembali? Tetapi ia mengambil masa bertahun-tahun. 

#6. Zakar lelaki boleh ‘patah’

Fakta mengenai bahagian kemaluan lelaki yang patut diketahui adalah  berkaitan kecederaan.

Jika dengan ganasnya, anda terpusing atau zakar terbengkok, ianya boleh ‘patah’. Zakar tidak mempunyai tulang namun ianya disokong oleh tiub-tiub yang dipenuhi oleh darah apabila tegang/ereksi dan tiub ini berupaya untuk pecah dan bocor.

Darah boleh bocor ke struktur dalaman zakar yang lain, mengakibatkan rasa sakit dan bengkak. Dalam kebanyakkan kes, ianya berlaku ketika seks dan ketika pasangan anda berada di atas.

Kecederaan ini berlaku apabila zakar terkeluar daripada faraj dan terbengkok oleh daya yang kuat.

#7. Lelaki mengalami beberapa ereksi pada waktu malam

Fakta zakar  lelaki seterusnya adalah berkaitan dengan ereksi dan waktu malam.

Lelaki secara puratanya mengalami 3-5 kali ereksi sepanjang malam ketika mereka tidur, dengan setiap ereksi mampu bertahan dari 25 hingga 35 minit.

Kerasan pagi atau ‘morning wood’ adalah tegangan zakar yang berlaku apabila seseorang bangun pagi.

Punca kepada ereksi waktu malam ini tidak difahami sepenuhnya namun ianya mungkin berkait rapat dengan fasa-fasa tidur khususnya fasa tidur REM (rapid eye movement). Fasa ini adalah ketika seseorang bermimpi.

Apapun puncanya, ereksi waktu malam adalah tanda bahawa bahagian kemaluan anda berfungsi dengan baik.

zakar

#8. Panjang zakar tiada kaitan dengan saiz kaki

Menurut kajian yang dijalankan, khabar bahawa saiz zakar berkait rapat dengan saiz kaki seseorang adalah sebuah mitos. Kajian mendapati bahawa tiada kaitannya antara saiz kasut seseorang dengan panjang zakar mereka.

#9. Zakar kecil menghasilkan ereksi yang besar

Fakta zakar yang ini berbunyi sedikit pelik. Namun dikatakan zakar yang kecil atau lebih pendek akan membesar dengan lebih banyak apabila ianya tegang.

Kajian menunjukkan peningkatan saiz zakar ketika tegang dalam zakar yang kecil adalah hampir dua kali ganda berbanding zakar yang lebih besar.

#10. Zakar lelaki bukanlah sejenis otot

Apa yang patut anda tahu adalah zakar bukanlah sejenis otot, sebaliknya ianya seakan span yang mempunyai banyak tiub dan salur darah yang mengembang apabila zakar tersebut terangsang.

Darah memenuhi tiub-tiub berbentuk silinder ini, menyebabkan zakar menjadi besar dan keras. Pembesaran ini menyekat saluran vena yang sepatutnya membawa darah dari ke zakar ke tempat lain.

Apabila ereksi hilang, salur darah arteri dalam struktur tersebut akan menjadi kecil semula, membenarkan darah untuk keluar dari kawasan zakar ke bahagian lain.

#11. Tubuh sihat = zakar yang baik

Bahagian kemaluan merupakan antara organ penting bagi individu lelaki. Sepertimana organ-organ lain seperti jantung, hati, otak dan paru-paru yang ditentukan keadaannya melalui kesihatan tubuh badan, kesihatan zakar juga begitu.

Sekiranya seseorang lelaki mempunyai masalah dengan zakarnya, bererti mereka turut mempunyai masalah dengan keadaan tubuh badannya.

Sebagai contoh, sekiranya penis mengalami masalah untuk berereksi, penyebabnya mungkin melibatkan perubahan pola pemakanan, kurang tidur, kurang bersenam, atau juga gangguan hormon.

#12. Zakar manusia prasejarah memiliki tulang

Satu penyelidikan yang dilaksanakan pada tahun 2010 yang diterbitkan dalam jurnal Nature menyatakan bahawa lebih daripada 700,000 tahun yang lalu, zakar manusia prasejarah sebenarnya memiliki tulang.

Teori paling dipercayai adalah zakar yang bertulang membantu lelaki prasejarah untuk berhubungan seks dengan lebih cepat. Ini kerana ia akan mempercepatkan proses ereksi.

#13. Merokok menyebabkan kesukaran ereksi

Kesan merokok bukan sahaja memberi kesan terhadap paru-paru dan jantung. Merokok boleh merosakkan pembuluh darah dan penis bagi seorang perokok akan mempunyai kesukaran mengalami ereksi.

Ini kerana, ereksi terjadi ketika darah mengisi jaringan zakar lelaki yang berongga sehingga menjadikannya menegang, memanjang dan mengeras. Apabila aliran darah tidak lancar, janganlah pelik sekiranya anda mengalami kesukaran untuk berereksi.

zakar

#14. Janin dan bayi juga boleh berereksi

Ketika klitoris sudah berubah menjadi zakar semasa janin berada dalam kandungan ibu, ia sudah boleh mengalami ereksi. Gambaran mengenainya boleh didapati melalui imbasan ultrasound.

Biasanya, beberapa saat setelah bayi lelaki dilahirkan, bayi lelaki tersebut akan mengalami ereksi.

#15. Manusia boleh dilahirkan dengan 2 bahagian kemaluan

Walau ia sangat kurang terjadi, seseorang boleh dilahirkan dengan 2 zakar sekali gus – dikenali sebagai diphallus. Namun, memiliki 2 kemaluan bukanlah sesuatu yang menguntungkan bagi seseorang lelaki.

Dalam kebanyakan kes, kedua-dua zakar tersebut tidak berfungsi secara normal sehingga doktor perlu melakukan pembedahan atau prosedur perubatan tertentu untuk memperbaiki fungsinya.

Kelainan seperti ini terjadi pada setiap satu bayi dari 5 atau 6 juta kelahiran bayi lelaki.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jangan Terkejut! Zakar Boleh Putus Akibat Jangkitan, Tapi Ada Solusinya: Implan Penis!

Nasib malang menimpa seorang lelaki British, Malcolm MacDonald, yang mengalami masalah zakar putus akibat daripada jangkitan perineum yang teruk.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 09/11/2020 . 3 minit bacaan

Bahaya Hepatitis B Sehingga Boleh Jejaskan Kesuburan Lelaki? Ini Dia Jawapan Kajian!

Akibat hepatitis B, pelbagai kesan akan berlaku terutamanya pada organ hati. Ada kajian kata lelaki tidak subur juga adalah komplikasinya! Jom kita klik.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 30/10/2020 . 3 minit bacaan

Perasan Tak Warna Alat Sulit Kita Berbeza Dengan Kulit Badan? Ini Rupanya Punca Kejadian!

Pernahkah kalian terfikir atau tertanya mengapa warna zakar & alat sulit faraj kita akan berbeza dengan warna kulit sendiri? Jom klik artikel untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Masalah Urologi, Urologi 19/10/2020 . 3 minit bacaan

Kenapa Perlu Berdiam Diri Sahaja Jika Ada Masalah Ereksi? Lakukan 5 Jenis Ujian Ini Segera!

Sekiranya kalian ada masalah ereksi zakar seperti mati pucuk, sila lakukan 5 ujian ini bersama doktor secepat mungkin agar ia dapat diatasi segera!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 01/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sistem imun lemah

FAKTA! Lelaki Lebih Mudah Jatuh Sakit Daripada Wanita, Puncanya Hormon Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
kesihatan kanser prostat

Jangan Buat Tak Endah Hal Berkaitan Prostat, Ini 5 Cara Pastikan Ia Kekal Sihat & Kuat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
saiz penis

Saiz Zakar Penting Untuk Wanita Pilih Pasangan Hidup? Jangan Terkejut Dengan Jawapan Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 17/11/2020 . 3 minit bacaan
jambang lelaki

Jejaka Berjambang Lebih Subur? Bukan Itu Saja, Ada Kajian Kata Jambang Jadi Perisai Lelaki

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 16/11/2020 . 3 minit bacaan