Prof. Dr. Sazzli Kassim bertugas sebagai Pengarah Hospital Pengajar Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Puncak Alam, Malaysia. Bidang utama beliau dalam dunia perubatan adalah sebagai seorang Pakar Kardiologi dan Pelatih Kardiologi Berdaftar di bawah naungan National Specialist Register (NSR).
Prof. Dr. Sazzli menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan daripada National University of Ireland, Cork pada tahun 2001 dan kemudiannya menamatkan latihan dalam Perubatan Dalaman dan Kardiologi pada tahun 2011. Beliau telah dianugerahkan dengan Certificate of Satisfactory Completion of Specialist Training (CSCST) daripada Irish College of Higher Medical Training. Beliau juga aktif dalam melibatkan diri sebagai ahli majlis untuk beberapa pertubuhan seperti National Heart Association Malaysia, College of Physician Malaysia, Irish Cardiac Society dan European Society of Cardiology.
Beliau mempunyai semangat yang tinggi dalam menabur bakti dalam dunia penyelidikan dan pendidikan perubatan melalui usaha beliau mengetuai pelaksanaan dan pembinaan Hospital Pengajar UiTM, Puncak Alam. Prof. Dr. Sazzli giat melibatkan diri dalam pendidikan dan latihan untuk komuniti tenaga perubatan kardiologi dan berazam untuk meningkatkan taraf servis dan perkhidmatan kardiologi di Malaysia.
Prof. Dr. Sazzli mempunyai pengalaman yang tinggi dalam bahagian pensyarahan dan seminar untuk orang awam dan tenaga professional perubatan demi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai kondisi kardiovaskular dan penyakit-penyakit lain.
UNIVERSITI DAN IJAZAH
London School of Economics
Royal College of Physicians of Ireland
European Society of Echocardiography
PENGALAMAN
Hospital UiTM, Puncak Alam, Malaysia
Health Service Executive Ireland
National Heart Association Malaysia
ANUGERAH
Anugerah Penyelidik Terbaik
Executive Masters in Health Economic, Outcomes in Cardiovascular Diseases
Web based machine learning STEMI calculator for Malaysia population