avatarbadge

Prof. Dr. Helen Benedict Lasimbang

Obstetrik dan ginekologi

Hello Health Group

Profil

Profesor Dr. Helen Benedict Lasimbang merupakan seorang pakar perunding bahagian Obstetrik dan Ginekologi. Beliau kini bertugas sebagai Pengarah Hospital Universiti Malaysia Sabah. Selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Malaya pada tahun 1991, Profesor Dr. Helen kemudiannya menamatkan Ijazah Lanjutan Kepakaran dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi pada tahun 1998 dari university yang sama.

 

Profesor Dr. Helen terlibat secara aktif dalam dunia pengajian, penyelidikan, kerja-kerja klinikal dan juga kerja-kerja amal. Sebelum menyertai keluarga Hospital Universiti Malaysia Sabah pada tahun 2012, beliau telah berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia selama 12 tahun dan di bawah badan hospital swasta selama 9 tahun. Pada tahun 2014 Profesor Dr. Helen telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Kesihatan Reproduktif Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains Universiti Malaysia Sabah dah seterusnya sebagai Pengarah Hospital.

 

Beliau secara langsung terlibat dalam menganjurkan kerja-kerja komuniti melalui MERCY Malaysia, dilantik sebagai Presiden untuk Persatuan Pencegahan Penyalahgunaan Alkohol (APAM) dan beberapa organisasi yang lain. Profesor Dr. Helen juga terlibat dalam menganjurkan aktiviti sukan seperti The Borneo Marathon, Tambunan Kaamatan Charity run, Salt-Trail Challenge dan Badi Ultra Trail Challenge. Beliau adalah presiden semasa untuk The Sabah Trail Running Association.

 

Minat dan bidang utama beliau adalah dalam kesihatan seksual dan reproduktif wanita. Beliau juga giat memperkasakan komuniti terutamanya dalam mengawal penyalahgunaan alkohol dan mempromosikan gaya hidup yang sihat.

 

Profesor Dr. Helen juga terlibat dalam bahagian penerbitan dan redaksi kertas sejak menyertai Universiti Malaysia Sabah. Pasukan beliau telah berjaya menghasilkan beberapa buku latihan pendidikan seperti “Alkohol Toolkit” dan “Community Action for Alcohol: Bilingual Manual for Intervention” untuk menerapkan pengetahuan dan meperkasakan komuniti mengenai penggunaan alkohol.

Kelulusan

UNIVERSITI DAN IJAZAH

point
Masters in Obstetrics and Gynaecology

University of Malaya

point
Bachelor of Medicine-Bachelor of Surgery

University of Malaya

PENGALAMAN

point
Specialist Consultant O&G

Hospital Universiti Malaysia Sabah

point
Specialist Consultant O&G

Sabah Medical Centre, Kota Kinabalu

point
Specialist Consultant O&G

Queen Elizabeth Hospital, Kota Kinabalu

Baca Lagisee-more

ANUGERAH

point

Augerah Sukan Untuk Semua (ASUS)

point

APC UMS

point

Talented Staff Award’ by School of Medicine, UMS

Baca Lagisee-more