Dr Wong Teck Wee

Kardiologi · Hello Health Group

Profil

Dr. Wong Teck Wee merupakan seorang Pakar Runding Kardiologi Intervensi yang kini berkhidmat di iHEAL Medical Centre. Beliau pernah bertugas sebagai Pakar Runding Klinikal di Hospital Serdang dan sebagai Profesor Madya di Universiti Putra Malaysia (UPM). Semasa bertugas di UPM, beliau mengetuai Pasukan Kardiologi untuk Jabatan Perubatan.

 

Dr. Wong mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam latihan perubatan di luar negara. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari University of Melbourne dan kemudiannya meneruskan kerjayanya dengan mengambil Ijazah Lanjutan Kepakaran Membership of the Royal College of Physician United Kingdom (MRCP) dan Fellowship of Royal College of Physician Edinburgh (FRCP). Pada tahun 2004 beliau berjaya menamatkan latihan Singapore Cardiology Advanced Specialist Training dan telah diterima sebagai Fellow of Academic Medicine of Singapore for Cardiology.

 

Dr Wong bukan sahaja berdaftar sebagai Pakar Kardiologi di bawah National Specialist Register Malaysia (NSR) tetapi juga dengan Kementerian Kesihatan Singapura. Beliau merepakan penyelidik untuk pelbagai ujian klinikal antarabangsa. Dengan pelbagai penerbitan publikasi di jurnal-jurnal perubatan, Dr Wong banyak menerima jemputan untuk memberi ceramah di persidangan kardiologi tempatan dan antarabangsa.

 

Dr Wong merawat pesakit beliau bukan sahaja dengan menggunakan ilmu perubatan moden, tetapi juga dengan menggabungkan terapi alternatif seperti terapi hipnosis. Beliau menggunakan prinsip hipnosis untuk merawat pesakit beliau yang mempunyai simptom anxiety, stress dan insomnia yang melibatkan masalah jantung.

Kelulusan

UNIVERSITI DAN IJAZAH

  • Fellow of the Academy of Medicine, Singapore (FAMS)

    Academy of Medicine, Singapore (FAMS)

  • Fellowship of Royal College of Physician Edinburgh (FRCP)

    Royal College of Physician Edinburgh

  • Membership of the Royal College of Physician United Kingdom (MRCP)

    Royal College of Physician United Kingdom

  • Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery (MBBS)

    University of Melbourne

PENGALAMAN

  • Consultant Interventional Cardiologist and Physician

    iHEAL Medical Centre, Kuala Lumpur

  • Associate Professor of Medicine

    Universiti Putra Malaysia (UPM)

  • Clinical Consultant

    Hospital Serdang