Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group

Profil

Dr. Nurul Yaqeen Mohd Esa merupakan seorang Pakar Perunding Kesihatan Respiratori dan Perubatan Dalaman yang kini berkhidmat di Sunway Medical Centre Velocity, Kuala Lumpur. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2003 dan kemudiannya menamatkan Ijazah Lanjutan Kepakaran MRCP dari Royal College of Physician, London pada tahun 2012. Dr. Nurul Yaqeen juga telah melengkapkan Fellowship dalam Perubatan Respitori di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Beliau telah menerbitkan pelbagai publikasi untuk beberapa jurnal seperti American Journal of Respiratory & Critical Care Medicine, CHEST, Respirology, dan Malaysian Medical Journal. Dr. Nurul Yaqeen sangat aktif dalam Persatuan Torasik Malaysia sebagai salah seorang ahli eksekutif dan beliau juga merupakan salah seorang ahli lembaga untuk Women in Interventional Pulmonology (WiIP) international society.

 

Dr. Nurul Yaqeen juga sangat aktif dalam pentas media social dalam menyebarkan kesedaran mengenai kesihatan kepada umum. Beliau merupakan salah seorang ahli eksekutif untuk MedTweetMY (Medical Twitter Society, Malaysia) dan memegang portfolio sebagai Malaysian Sleep Disorders Society’s Exco. Beliau giat berkongsi ilmu beliau mengenai penyakit paru-paru menerusi pelbagai temuramah di media-media tempatan. Dalam dunia perubatan dalaman, beliau sangat berminat dalam bahagian penyakit bawaan udara (airborne disease), infeksi paru-paru dan perubatan tidur.

Kelulusan

UNIVERSITI DAN IJAZAH

  • International Sleep Disorders Specialist Certification

    World Sleep Society (WSS)

  • Respiratory Medicine Fellowship (Mal)

    Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia

  • Membership of Royal College of Physician (MRCP), London, UK

    Royal College of Physician , London, UK

  • Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery (MBBS)

    International Islamic University Malaysia (IIUM)

PENGALAMAN

  • Consultant Respiratory & Internal Medicine Physician

    Sunway Medical Centre Velocity (SMCV)

  • Respiratory Physician & Senior Clinical lecturer

    Universiti Teknologi MARA (UiTM)

  • Respiratory Fellow & Senior Clinical lecturer

    Universiti Teknologi MARA (UiTM)

  • Medical Specialist & Clinical lecturer

    Universiti Teknologi MARA (UiTM)

  • Medical Specialist

    Hospital Kuala Lumpur