Dr Nor Rahidah Abd Rahim

Psikiatri · Hello Health Group

Profil

Dr. Nor Rashidah Abd Rahim, M.D (UKM), M Med (Psych) (UKM) mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam dunia perubatan psikiatri. Selepas menamatkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan di UKM pada tahun 2003, beliau kemudiannya menamatkan Ijazah Lanjutan Kepakaran Psikiatri pada tahun 2013.

Beliau menjalankan latihan perubatan beliau di Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Permai. Beliau telah berjaya menamatkan Latihan Fellowship beliau di Malaysia dan Singapura pada tahun 2018 dan kini bertugas sebagai Pakar Perunding Psikiatri kanak-kanak dan juga dewasa.

Dr. Nor Rashidah aktif dalam pelbagai pertubuhan psikiatri dan memikul tanggungjawab sebagai Setiausaha Malaysian Child and Adolescent Psychiatry Association (MYCAPS), ahli untuk Malaysian Psychiatric Association dan ahli untuk Laman MInda.