Haid tidak teratur
Hai
Saya Pn Noor Azima berusia 50 tahun
Haid terakhir adalah pada 23/3/2022
Hingga kini saya masih belum period lg
Apakah yg perlu saya lakukan supaya haid datang semula dengan teratur dan ubat yg perlu sayasaya ambil untuk haid datang semula seperti biasa
Sebelum ini haid saya dalam tempoh 7-9 hari
Biasanya akan keluar darah sedikit mulai hari 1 - 5
Pada hari 7&8 akan keluar darah yg banyak dan selepas itu darah mula sedikit hingga habis haid



















Hi Noor Azima,
Seorang wanita dikatakan menopaus apabila dia tidak datang haid selama 12 bulan berturut-turut tanpa sebab lain. Wanita yang mengalami menopaus mempunyai tahap estrogen dan hormon lain yang lebih rendah.
Anda tak perlu takut dengan menopaus. Ia merupakan satu proses yang normal dan semula jadi. Kebanyakan wanita akan alami menopaus ketika berusia 40 hingga 58 tahun. Namun, usia purata adalah 51 tahun.
Pada waktu ini, tahap hormon estrogen wanita tidak teratur. Ia akan meningkat dan menurun tanpa sebab. Perubahan hormon ini akan menyebabkan gangguan pada kitaran haid wanita. Inilah masanya wanita dikatakan sedang mengalami perimenopaus. Malah, tempoh masa perubahan ini mungkin berlangsung selama 4-8 tahun sebelum menopaus yang sebenar berlaku.
Nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk di sini: https://hellodoktor.com/kesihatan-wanita/haid/perimenopause-adalah/
hellodoktor.com