🔥 Diskusi Terhangat

Vitamin

Hai doktot boleh saya bertanya ..saya sedang mengambil vitamin C dan B sekarang .bolehkan saya tambahkan vitamin lecithin dalam harian saya seperti vitamin B dan C ..apakah kebaikan dan keburukan jika ambik ketiga tiga vitamin itu sekali gus ...terima kasih

2
1 komen

1 komen

Hai, secara umumnya anda boleh menambahkan vitamin lecithin ke dalam diet harian anda bersama dengan vitamin B dan vitamin C. Terdapat kajian yang melaporkan bahawa lecithin lebih baik diserap dengan vitamin c tetapi kesannya tidak ketara. Namun, dos lecithin yang tinggi mungkin akan menyebabkan kesan sampingan seperti masalah gastrousus dan tindak balas alahan.


Vitamin B memang nutrien yang penting bagi wanita hamil dan bayi kerana ia adalah nutien vital untuk pertumbuhan janin, perkembangan otak bayi, membekalkan tenaga bagi ibu yang hamil, menghasilkan sel darah merah dan lain-lain. Biasanya vitamin B dari diet harian sahaja tidak mencukupi bagi ibu hamil, disebabkan itu, doktor biasanya akan membagikan suplemen vitamin B bagi wanita hamil.


Vitamin C merupakan satu antioksidan dan dapat melindungi sel anda daripada radikal bebas, ia juga boleh mengurangkan risiko preeklampsia dengan mengekalkan tahap tekanan darah yang sihat.


Lecithin penting untuk kanak-kanak kerana dia akan dipecahkan kepada kolin di dalam tubuh kita, kolin ini merupakan satu nutrien penting yang diperlukan untuk fungsi kognitif dan pertumbuhan otak kanak-kanak.


Bagi vitamin C dan lecithin, biasanya nutrien yang diperolehi dalam diet harian kita adalah mencukupi, jadi ia tidak wajib untuk mengambil suplemen vitamin C atau lecithin tambahan. Untuk memperolehi lecithin dalam diet anda, anda juga boleh meningkatkan pengambilan produk soya, kekacang dan bijirin penuh. Bagi Vitamin C pula, anda boleh mendapatkannya dari buah sitrus seperti oren, berries, kiwi, lemon dan sayur-sayuran salib. Terima kasih.


1 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa