🔥 Diskusi Terhangat

Selaput pada mata

Hi,saya nak tanya selaput mata pada baby saya tu boleh hilang tak?baby prem 29 week..now,5 bulan CA 3 bulan

0
1 komen

1 komen

Salam Puan Nur rose aida Nur rose aida,


Terima Kasih untuk soalan puan. Untuk pengetahuan puan, selaput mata atau selaput pupilari kerap berlaku pada bayi pramatang. Selaput ini secara semulajadinya wujud pada mata bayi di awal usia kandungan.


Regresi atau pemulihan selaput ini bermula ketika kandungan berusia 6 bulan dan hilang secara menyeluruh ketika kandungan berusia 8 bulan.


Apabila selaput ini hadir ketika bayi dilahirkan disebabkan kelahiran pramatang, regresi atau pemulihan selaput ini akan berterusan sehingga tahun pertama kehidupan bayi. Walaubagaimanapun, untuk sesetengah kes, selaput yang tebal mungkin akan memerlukan rawatan pakar.

Puan dinasihatkan mendapatkan nasihat pakar pediatrik atau pakar mata untuk mendapatkan pemerhatian yang rapi demi kesejahateraan bayi puan. Semoga penjelasan ini dapat menjawab soalan puan. Insya Allah, saya

doakan agar selaput mata anak puan akan hilang sepenuhnya.

Di sini saya ingin kongsikan satu artikel positif berkaitan dengan jangka hayat bayi pramatang. Sila klik link di bawah :

Jangka Hayat Bayi Pramatang Kini Meningkat. Ibu Dan Ayah Tidak Perlu Bimbang!

2 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa