Sakit kepala, badan melayang, keliru, sukar fokus, percakapan keliru

Hi Doc, selamat pagi. Saya faezza berumur 43thn. Saya ada kemusykilan, sebelum ni sejak berumur 18 tahun lagi saya memang sering menghidap sakit kepala migrain. Sakit di sebelah kepala shj. Sekarang saya masih lagi mengalami keadaan ini lebih-lebih lagi apabila 3-4 hari sebelum haid. Ia akan berterusan sehingga seminggu. Tak hilang walaupun selepas bangun daripada tidur. Saya sangat sensitif kepada cahaya, bunyi bising dan bau yang kuat. Mata akan menjadi kabur dan malas apabila keadaan ni terjadi. Tp sejak seminggu ni, apabila migrain terjadi, saya terasa semakin teruk dengan tambahan rasa melayang, khayal, hilang focus mata, mata malas dan sering keliru untuk menyusun ayat perbualan. Jantung saya pula seperti berdegup kuat dan laju. Apakah penyebabkan keadaan ni berlaku doctor?

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
1
1

1 komen

Gejala baharu seperti keliru, sukar menyusun kata, gangguan penglihatan dan rasa melayang—lebih-lebih lagi apabila sakit kepala semakin teruk—perlu dinilai segera. Ia mungkin berkaitan migrain dengan aura, tetapi strok atau masalah saraf lain juga perlu disingkirkan; jangan anggap ia hanya migrain:

Jika gejala masih berlaku, datang semula, atau semakin teruk, pergi ke Jabatan Kecemasan sekarang atau hubungi ambulans. Jangan memandu sendiri; minta seseorang menemani. Walaupun gejala sudah reda, dapatkan pemeriksaan perubatan segera. Migrain yang berkait dengan haid memang boleh dicetuskan perubahan hormon, tetapi perubahan corak dan gejala baharu memerlukan pemeriksaan, termasuk penilaian saraf.

4 jam yang lepas
Suka
Feedback
warningPenafian: Kandungan ini disediakan berdasarkan sumber maklumat yang disahkan
Topik berkaitan
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa