Demam baby kuning, isu yang sering dialami bayi baru lahir. Apabila bacaan kuning baby capai tahap tertentu, ia berisiko mendatangkan bahaya kepada kesihatan si manja seperti masalah berkaitan hati, kekurangan hormon tiroid (boleh menyebabkan kecacatan otak jika lewat dirawat) atau jangkitan kuman.


Jangan dipandang remeh. Antara simptom jaundis yang perlu anda perhatikan:

  • Kulit bayi kelihatan kuning terutama di kawasan paha atau kaki
  • Bayi tidak aktif, kurang menyusu atau kurang kencing (kurang 6 kali sehari)
  • Bayi asyik merengek, menangis dengan suara nyaring
  • Najis bayi kelihatan kelabu pucat (najis bayi biasanya berwarna kuning)
  • Bayi yang jaundis berterusan lebih 2 minggu perlu dapatkan pemeriksaan segera