🔥 Diskusi Terhangat

Lambat bercakap

Anak saya 2 tahun 1 bulan kalau ikut perkembangan anak sebaya dia sudah boleh bercakap walaupun masih dalam pelat kanak kanak.tapi anak saya tidak mahu bercakap tapi arahan mudah boleh difahami dibuat.masa umur setahun hingga setahun 5 bulan ada juga dia cuba nak bercakap masih lagi faham selepas itu dia jadi lebih banyak diam.bila hendak sesuatu dia akan hanya tunjuk atau tarik tangan saya.sebagai ibu saya risau dia tidak ikut perkembangan sepatutnya.sedangkan adik beradik lain perkembangan selari dengan usia.boleh bagi saya cara untuk bagi dia bercakap seperti kanak kanak lain.

0
1 komen

1 komen

Salam Puan Siti zaleha,


Terima Kasih atas soalan puan. Berikut antara tanda yang boleh dikenal pasti jika si kecil yang berumur 2 tahun mungkin mengalami masalah pertuturan :


1. Hanya dapat menurut kata-kata atau perbuatan dan tidak bertutur perkataan atau frasa secara spontan


2. Menggunakan bunyi atau perkataan berulang dan tidak dapat menggunakan bahasa lisan untuk berkomunikasi lebih daripada keperluan segera


3. Tidak dapat mengikuti arahan mudah


4. Mempunyai nada suara luar biasa seperti suara kasar atau sengau.


Perkara yang paling penting sebagai ibubapa apabila kita mengesan situasi begini, kita dinasihatkan untuk bawa anak kita ke pakar pediatrik untuk membuat penilaian untuk terapi pertuturan. Ibu bapa seharusnya boleh memahami sekitar 50% percakapan anak pada usia 2 tahun dan 75% daripadanya ketika berusia 3 tahun.


Di bawah ini saya kongsikan satu artikel yang mempunyai informasi tentang punca, diagnosis dan petua untuk mengatasi anak lambat membaca. Selamat Membaca!

Anak Dah 3 Tahun Tapi Tak Pandai Bercakap? Ini Cara Mengatasi Anak Lambat Bercakap

2 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa