Anak umur 3 tahun sembelit
Hello doktor, anak saya tahun ni masuk 3 tahun. Dia susah makan sayur dan hanya buah - buahan tertentu sahaja yang dia nak makan. Dia taknak makan dgn lauk seperti ayam, ikan dll. Dia nak makan nasi kosong je. Kalau saya paksa dia muntahkan balik. Sekarang ni dia kerap sembelit. Dah bagi buah papaya dan pisang dan dah pernah pergi klinik. Dr hanya bagi ubat sembelit tapi anak saya masih susah berak. Kalau dia nak berak mesti nangis dan jerit2. Tolong Dr/para ibu bapa.. apa saya nak buat ya?