Simptom sawan dan dikatakan PNES tanpa EEG (Pesakit Remaja)
Salam doktor. Saya ingin bertanya bagi pihak adik saya (bawah 18 tahun). Dia kerap mengalami serangan: mata berkedip laju (sensasi gelap-terang), badan bergetar, keluar air liur berbuih, dan mengeluarkan suara agresif (vocalisation). Dia sedar tapi tak dapat kawal badan. Episode biasanya 1-3 minit. Selepas itu dia sangat mengantuk dan tertidur.
Hospital sebelum ini mendiagnosis FND/PNES kerana sejarah "anxiety" tanpa melakukan ujian EEG. Adakah diagnosis ini sah tanpa ujian EEG untuk menolak kemungkinan sawan fizikal (seperti Frontal Lobe Epilepsy)? Saya sangat risau jika ini tersalah diagnosis

















