avatar

Mulakan perbincangan

Tanda-tanda kekurangan protein di kalangan kanak-kanak

Selalu je kita cakap tentang protein. Kenapa protein begitu penting untuk penumbesaran kanak-kanak dan apakah akibatnya kalau kekurangan protein? Marilah kita lihat.


Tanda kekurangan protein:


#1 Pertumbuhan terbantut

Pertamanya, anak anda kelihatan lebih kecil jika dibandingkan dengan kanak-kanak sebaya. Protein adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Kekurangan protein boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut dan perkembangan yang lemah.


#2 Sering jatuh sakit

Protein juga penting untuk sistem imunisasi yang lebih kuat. Kekurangan protein boleh menyebabkan sistem imun yang lemah dan peningkatan risiko terhadap jangkitan.


#3 Penyembuhan luka yang lambat

Protein penting untuk pembentukan tisu baru dan penyembuhan luka. Kekurangan protein boleh melambatkan penyembuhan luka pada kanak-kanak.


... Lihat Lebih Lagi
Tanda-tanda kekurangan protein di kalangan kanak-kanakTanda-tanda kekurangan protein di kalangan kanak-kanak
Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
127
Masalah bantut dan tips untuk mengatasinya

Terbantut menunjukkan kegagalan untuk mencapai potensi genetik seseorang untuk ketinggian. Ia adalah punca langsung ketinggian yang rendah ketika dewasa dan fungsi kognitif yang suboptimum di kemudian hari. Masalah bantut adalah penanda utama kekurangan zat makanan dalam kehidupan awal (hari 1000 pertama) yang menyebabkan penumbesaran yang tidak ideal.


Terbantut mempunyai kesan jangka panjang disebabkan oleh pengangguan pertumbuhan fizikal dan penurunan dalam kognitif. Ketika mereka dewasa, mereka akan mengalami penurunan produktiviti dan risiko yang lebih tinggi terhadap penyakit degeneratif atau gangguan metabolik seperti diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi, dan penyakit kardiovaskular.


Masalah bantut kekal sebagai salah satu yang utama cabaran kesihatan awam. Namun jangan lupa bahawa para ibu bapa juga mempunyai impak yang besar dalam mengelakkan masalah bantut. Marilah kita lihat tips dan sama-sama mengatasi masalah bantut di kalangan kanak-k

... Lihat Lebih Lagi
Masalah bantut dan tips untuk mengatasinyaMasalah bantut dan tips untuk mengatasinya
Masalah bantut dan tips untuk mengatasinyaMasalah bantut dan tips untuk mengatasinya
Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
43
Penyusuan susu ibu secara eksklusif

Penyusuan susu ibu secara eksklusif menyediakan semua nutrien penting yang diperlukan oleh bayi untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam enam bulan pertama. Penyusuan susu ibu juga dapat membantu melindungi bayi dan ibu daripada penyakit tertentu. Apabila bayi membesar, susu ibu akan berubah untuk memenuhi keperluan nutrisi bayinya. Susu ibu merupakan sumber nutrisi terbaik untuk bayi terutamanya 6 bulan pertama mereka.


Manfaat penyusuan eksklusif

Bayi yang disusui mempunyai risiko asma yang lebih rendah, obesiti, diabetes jenis 1, dan sindrom kematian bayi mengejut (SIDS). Bayi yang diberikan susu ibu juga kurang berkemungkinan mendapat jangkitan telinga dan pepijat perut. Penyusuan juga boleh menguatkan sistem imunisasi bayi dan melindungi mereka daripada penyakit dan jangkitan.


Bukan sahaja susu ibu banyak bermanfaat bagi bayi, ibu juga boleh memperolehi manfaat melalui penyusuan. Penyusuan susu ibu b

... Lihat Lebih Lagi
Penyusuan susu ibu secara eksklusifPenyusuan susu ibu secara eksklusif
Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
14
1
Kalau baby kurus, kena bagi susu khas ke?

Sebenarnya, penambahan berat badan baby ni bergantung keperluan dan bukan keinginan parents tu ya? Jom baca artikel ni untuk lebih faham: https://hellodoktor.com/keibubapaan/kanak-kanak/pemakanan-anak/susu-untuk-tambah-berat-badan-anak/

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
1
1
Obesiti di kalangan kanak-kanak

Kadar berat badan berlebihan/obesiti pada golongan kanak-kanak dan remaja amat membimbangkan sejak beberapa tahun ini, di mana kes obesiti pada golongan kanak-kanak berumur 5-17 tahun adalah sebanyak 14.8%. Kelaziman obesiti yang semakin meningkat banyak dipengaruhi oleh tingkah laku pemakanan yang tidak sihat, yang boleh memberikan kesan kepada penyakit tidak berjangkit kronik.


Walaupun gen juga memainkan peranan yang besar, kebanyakan obesiti adalah disebabkan oleh pengambilan kalori yang melebihi kalori yang dibakar. Makanan seperti makanan ringan, sajian segera dan makanan yang diproses tinggi sememangnya dapat menarik perhatian kanak-kanak pada masa kini, namun semua makanan ini adalah makanan yang tak sihat kerana mereka bukan sahaja tinggi dalam lemak dan kalori, mereka juga tak mengandungi nutrien penting untuk pertumbuhan. Makan terlalu banyak makanan tersebut di samping gaya hidup yang sedentari akan menyebabkan lebihan kalori (calorie surplus) dan seterus

... Lihat Lebih Lagi
Obesiti di kalangan kanak-kanakObesiti di kalangan kanak-kanak
Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
7
1
Bayi Kurang Menyusu Lepas Mula Makan? Ini Tip Atasinya

Sememangnya ia adalah satu keadaan normal apabila bayi mula kurang menyusu setelah diperkenalkan makanan pejal.


Namun sebagai ibu pastinya anda akan berasa susah hati apabila berdepan situasi tersebut, betul tak?


Tetapi jangan risau, ada cara untuk mengatasi keadaan tersebut. Klik artikel di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.


https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/pemakanan-bayi/bayi-kurang-menyusu/

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
14
Fahami Jangka Hayat Susu Badan

Jangan terkejut ya, sebenarnya susu badan ibu juga boleh expired.


Keadaan ini terutamanya jika dibiarkan di tempat terbuka atau berada di dalam peti sejuk melebihi tempoh yang seharusnya.


Ada beberapa tanda yang boleh ibu kenalpasti sama ada susu tersebut sudah rosak atau tidak. Nak tahu bagaimana caranya?


Klik artikel di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jangka hayat susu badan.


https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penyusuan/jangka-hayat-perahan-susu-badan/

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
13
1
1
Anak suka main lato-lato?

Boleh kalau anak anda nak main lato-lato, tapi kena hati-hati! https://hellodoktor.com/keibubapaan/kanak-kanak/perkembangan/permainan-kanak-kanak-lato-lato/

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
2
1
Resepi nice cream coklat sedap yang tak mengandungi gula

Ibu ibu jemput try recipe nice cream ini yang menyerupai tekstur aiskrim softserve dan yang bestnya resepi ini tidak mengandungi sebarang gula tambahan. Ia adalah snek sihat yang sempurna untuk anak-anak yang suka makan makanan yang manis, di samping mengalakkan dan memperbanyakkan pengambilan buah-buahan bagi kanak-kanak.


Bahan yang diperlukan:

  • 2 pisang saiz medium
  • 1 tbsp serbuk koko

*Boleh tambah kekacang dan kepingan buah-buahan sebagai topping


Cara penyediaan:

1) Potong pisang menjadi kepingan

2) Simpankan pisang dalam peti sejuk dan beku semalaman.

3) Dalam pemproses makanan atau pengisar, campurkan pisang beku, dan serbuk koko

4) Gaul sehingga sebatisehingga licin.

5) Kikis di antara adunan mengikut keperluan untuk memastikan semua ketulan pisang digabungkan.


*Untuk konsistensi hidangan lembut anda boleh menikmatinya

... Lihat Lebih Lagi
Resepi nice cream coklat sedap yang tak mengandungi gulaResepi nice cream coklat sedap yang tak mengandungi gula
Resepi nice cream coklat sedap yang tak mengandungi gulaResepi nice cream coklat sedap yang tak mengandungi gula
Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
4
1
Bangunkan Bayi Untuk Menyusu Badan

Sudah 3 jam lebih bayi tidur dan sekarang masa untuk menyusu badan. Tapi rasa bersalah nak kejutkan si manja?


Jangan begitu, anda disarankan untuk membangunkan si manja yang sedang lena kerana:


  • Perut bayi cepat kosong
  • Perlu tambah berat badan
  • Tambah bekalan susu
  • Elakkan bayi kelaparan


Jangan risau, dalam artikel di bawah ada beberapa cara bangunkan si kecil yang boleh anda cuba…


https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/cara-bangunkan-bayi-untuk-menyusu/

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
6
1
TENTANG FORUM INI
Keibubapaan adalah mengenai membesarkan anak-anak dalam persekitaran yang menyokong perkembangan fizikal, mental, sosial... Lihat Lebih Lanjut
avatar
Najis berdarah

3

5

avatar
Kepala bayi 11 bulan terhentak

3

1

avatar
baby newborn tak berak

1

1

avatar
Antibiotik

1

1

avatar
Demam disertai sakit tenggorokkan

1

1

Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa