🔥 Diskusi Terhangat

Baby tak poo

Hai dokter .. sya nk tanya normal tak baby bru lahir tak membuang poo slma 5 hari .. ada tak solusi y agar baby dpt membuang .. skrg baby 26 hari

3
1 komen

1 komen

Salam PuanTufai Aquarius


Terima kasih atas pertanyaan.


Perkara 1.

Paling penting yang perlu difahami oleh ibu ayah adalah kekerapan bayi membuang air besar bukanlah petanda utama mereka berhadapan masalah sembelit.


Perkara 2.

Tetapi, bila bayi sudah tidak membuang dalam tempoh 5-10 hari, maka ini adalah tanda bayi anda mengalami masalah sembelit.


Perkara 3.

Penting untuk anda tahu, corak pergerakan usus normal bagi seorang bayi sihat amat dipengaruhi oleh jenis susu yang diminum si manja. Saya kurang pasti bahawa si-kecil puan minum formula/susu badan/mix.


Harap jawapan di sini membantu Puan atas pertanyaan.


Sekian.


7 Tanda Bayi Anda Mengalami Masalah Sembelit & Cirit-Birit, Laktoferin Boleh Membantu Masalah Ini!

2 tahun yang lepas
Suka
Balas
1
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa