🔥 Diskusi Terhangat

Suami tak bernafsu

Hello doktor, saya ada satu pertanyaan. Saya dan suami baru 4 bulan nikah, tapi suami saya tak bernafsu. kawan kawan perempuan saya selalu bercerita “3 bulan pertama mesti hari hari suami nak bersama”, tapi lain jadinya dengan suami saya. Saya tahu lain orang lain dia punya sex drive. Tapi bila dah jadi macam ni, saya pulak yang jadi sexually frustrated. Pernah saya cuba suarakan hal ni tapi suami cakap “kenapa benda macam ni pun nak cakap?”. Ada ke cara lain untuk saya suarakan perkara ni? Apa yang boleh saya buat?

1
6 komen

6 komen

Nafsu lain orang berlainan puan. Kalau puan masih usaha untuk pregnant dgn suami. Mungkin suami OK kod. Cuba puan beli supliment untuk lelaki. Mana tahu boleh tambah nafsu suami.

3 minggu yang lepas
Suka
Balas
1
@Encik Brian

Saya faham yang lelaki pun perlu untuk gunakan supplement, tapi kalau bukan dengan kerelaan hati dia, saya takut nanti cadangan saya menyinggung perasaan dia. Tapi apapun, terima kasih atas cadangan dan pendapat.

3 minggu yang lepas
Suka
Balas
1

Cuba bawa suami urut batin puan. Biasa kalau laki2 ini cepat pancut, batang zakar cepat lembik dan tidak keras juga boleh salah satu hilang keyakinan diri juga untuk sex.

3 minggu yang lepas
Suka
Balas
1

Cuba puan beli supliment jenis minuman yg naik kan nafsu suami.cuba ubat perangsang lelaki. Mana tahu boleh dapat puan. Laki biasa kalau letih sangat memang begitu. Tapi kalau lihat kes puan tu. Susah juga tu.

3 minggu yang lepas
Suka
Balas
1
@Encik Brian

Saya faham nafsu orang lain lain. Saya tunggu malam selasa, malam rabu, malam khamis and even malam jumaat pun dia takda keinginan untuk bersama. Bukan saya tak cuba buat apa apa, ada juga cubaan menggoda dia. Walaupun tidur sekatil, dia buat tak endah je dengan saya. Kadang kadang tu saya jadi sedih, apa salah saya? Apa kurang saya? Saya tanya, dia kata takda masalah. Saya baca artikel, mungkin masalah kerja, mungkin dia penat. Tapi even hari cuti pun dia takda keinginan untuk bersama. Macam mana pulak tu?

3 minggu yang lepas
Suka
Balas
2

Hi, terima kasih di atas pertanyaan anda.


Saya faham bahawa situasi ini boleh menjadi mencabar dan memerlukan penyelesaian yang sensitif.


Pertama sekali, penting untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur dengan suami anda mengenai keperluan dan keinginan anda dalam hubungan seksual.


Cuba bicarakan perkara ini di luar situasi seksual dan dengan penuh kasih sayang.


Anda boleh cuba menyuarakan keperluan anda dengan lembut dan memberi contoh bagaimana hubungan seksual yang memuaskan adalah penting dalam perkahwinan.


Jika suami anda masih tidak mahu membincangkan isu ini, mungkin anda boleh mencuba mencari bantuan daripada kaunselor perkahwinan atau pakar kesihatan seksual.


Selain itu, penting juga untuk mengambil kira faktor-faktor lain yang mungkin mempengaruhi libido suami anda seperti tekanan kerja, masalah kesihatan, atau masalah emosi.


Mungkin suami anda memerlukan sokongan tambahan dalam menangani isu-isu ini.


Ingatlah bahawa setiap hubungan memerlukan usaha dan komunikasi dua hala.


Jangan ragu untuk mencari bantuan profesional jika diperlukan.


Semoga anda berdua dapat menyelesaikan masalah ini dengan baik.


Jika anda memerlukan maklumat lanjut atau nasihat tambahan, jangan ragu untuk bertanya.

3 minggu yang lepas
Suka
Feedback
1
warningDisclaimer: The content is furnished relying on authenticated information sources.
Related content
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa