Rigevidon - Boleh bersama atau harus pakai protection?
Hi doktor.
Saya sudah berkahwin 9 bulan, baru pergi buat fertility check up dan saya ada PCOS.
Period saya datang setiap bulan tapi tak teratur (36-45 hari). Gynae prescribed saya dgn Rigevidon untuk betulkan period.
Saya nak tahu boleh ke saya bersama suami semasa consume Rigevidon ini? Atau suami harus pakai protection?
Terima kasih.
hi doktor . nak tanya ambil ubat rigevidon sebelum atau selepas bersama ? ubat tersebut kena makan 21 hari walaupun period dan rehat selama 7 hari dan sambung kembali utk seterusnya . betulkan saya jika pemahaman saya salah .
Rigevidon merupakan sejenis ubat pencegah kehamilan. Secara am, tiada keperluan untuk menggunakan protection lain kerana ubat ini bertindak untuk mencegah kehamilan. Akan tetapi, jika terdapat nasihat daripada doktor anda, maka pasti terdapat sebab untuk keputusan tersebut. Langkah yang terbail ialah memaklumkan atau mendapat kepastian daripada doktor yang merawat anda.