🔥 Diskusi Terhangat

kesuburan

salam doktor saya nk tnya . setiap bulan period saya teratur tpi kenapa saya ssh sngt nk lekat . lepas period saya kira waktu subur saya dan saya cuba lagi bersama suami tpi ttp sama jgk.. kadang2 saya tk thu apa masalah saya ... boleh thu apa yg saya sedang alami sekarang?

0
1 komen

1 komen

Salam Puan noor fadhilah jamaluddin,


Terima kasih atas soalan puan. Untuk pengetahuan puan, usaha untuk hamil dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang melibatkan bahagian pihak lelaki dan juga wanita. Saya syorkan puan dan suami puan berkunjung ke pakar kesuburan untuk membuat pemeriksaan supaya puan dapat fokus kepada masalah utama puan.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips yang puan boleh ambil untuk meningkatkan kesuburan.


1. Merekod kitaran haid untuk monitor proses ovulasi

2. Lakukan hubungan seks setiap hari dalam tempoh ovulasi

3. Mengekalkan BMI yang optimum

4. Ambil prenatal vitamin : multivitamin yang mengandungi asid folik

5. Ambil makanan berkhasiat

6. Kurangkan senaman yang keterlaluan


Untuk pengetahuan puan, website kami mempunyai kalkulator untuk pemantauan kitaran haid dan proses ovulasi. Puan boleh gunakan link di bawah ini untuk mendapatkan tarikh jangka masa proses ovulasi khas untuk puan. Sila klik link di bawah :

Kalkulator Ovulasi Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

2 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa