🔥 Diskusi Terhangat

Kencing berdarah, buah pinggang bengkak

Saya seorang wanita hamil. Sewaktu buat OGTT, result selepas minum air gula 11.5.Selepas itu doktor buat ujian mata, RP, Fbs dan semua result normal.


Baru² ini saya mengalami kecing berdarah beserta keluar darah ketul. Selepas buat ultrasound doktor mengatakan di pundi terdapat darah beku dan buah pinggang kiri sedikit bengkak.


Selepas balik dari buat ultrasound, sewaktu kencing keluar darah beku yang sangat besar. Keesokkan harinya saya buat endoscopy melalui saluran kencing...doktor mengatakan pundi saya clear dari darah beku, cuma sedikit berdarah di bahagian kiri (kurang pasti)


Selepas itu doktor suggest buat pemeriksaan lanjut buah pinggang kiri tetapi terpaksa hold memandangkan saya hamil.


Selepas membuat endoscopy tiada lagi kencing berdarah dan boleh discaj wad dan diminta untuk follow up selepas sebulan bersalin untuk pemeriksaan buah pinggang


Soalan saya...adakah buah pinggang saya bermasalah kerana ujian Rp mengatakan normal?

1
0 komen

0 komen

Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa